Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Wednesday, July 25, 2012

Hantaran DIY EVA flower + tissue flower

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Dah 4 bulan kahwin baru update pasal hantaran kan? haha.. ook, ni hasil kerjatangan sendiri tau! suka2 je hias2 sendiri my hantaran for encik mohd hafriz=)

yang ni jam tangan


yang ni coklat. ritter sport minis+ferrero rocher+hershey'e kisses


yang ni sape tak kenal? kemeja la...


ni overall nye lah.. xlarat nak upload satu2.. time ni ada bakul yg xsiap lagi

Itu je lah kot.. senang kan? DIY saja! jimat banyakk....

Friday, July 13, 2012

Milestone for baby and me=)


Assalamualaikumwarahmatullah..

Harini terlebih rajin nak buat milestone kat paint.net.. ni panduan saya untuk prepare and beli and survey barang2 baby. kalau financially freedom, xde masalah kot untuk beli barang2 ni bila2 pun, tapi for me..yang memang mementingkan budget bulanan dibuat, supaya xtersasar jauh, kena ada milestone macam ni. so kita boleh prepare for the worst kan?

here is mine. sebelum ni tulis atas paper je.. ingat nak tepek je kat sini, tapi since kualiti gambar xok, so conteng2 kat atas paint.net lagi nampak.

here is my milestone..hehe

Ok tu je..tata!

Thursday, July 12, 2012

Fesyen Aidilfitri 2012

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Memandangkan beberapa hari lagi kita nak menyambut Ramadhan yang barakah, mesti la ramai dah berfikir2, fesyen apa ye. nak pakai time raya ni? tahun ni langsir nak buat style apa ye? hurmm, berapa ye budget untuk bagi kat anak2 buah tahun ni?

See, mesti ada kan, terfikir? Of course la solat tarawih, kemuliaan Ramadhan, pahala berganda2, tak tertinggal. .

Meh saya bagi tips nak? sempena nak raya ni, mesti ramai dah siap tempah baju, almaklumlah, masuk je ramadhan tailor sume tutup kedai sbb banyak sangat kain tak terlayan. Umi saya (ibu tiri saya) pun salah seorang yang memang tak menang tangan dok menjahit. dah la bekerja, menjahit lagi. .huh, penat!


Tips ni kan, saya dapat lepas baca majalah Anis keluaran July 2012. Jom!!!

1. Pilih pakaian, tepati syariat. Cuba kita tengok balik almari baju kita, berapa banyak baju yang menutup aurat, and berapa banyak baju yang membalut aurat? kalau saya sendiri, banyak jugak baju yang membalut rasanya.. apa kata kita ubah fesyen tahun ni nak? pakai yang longgar2 kan selesa..banyak pilihan yang ada sekarang, jubah, abaya, malah dress pun boleh transform jadi baju yang cantik kan, kalau kena gayanya=)

2. Elak Terjebak Dosa Tabarruj. Tabarruj tu ape? ok, tabarruj tu, macam mempertontonkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki ajnabi serta 'segala hal yang menguja fitrah seorang lelaki'. Cuba tengok fesyen tudung zaman sekarang, kalau boleh segala jenis perhiasan kita nak gantung kat tudung tu kan? dah macam kereta berhias..hehe..saya suka tengok Irma Hasmie sekarang, rasanya bukan saya je kot, ramai suka tengok. Simple je, bersih je penampilan dia, tudung dia pun tak berlebih2an, dan yang penting, tutup apa yang wajib ita tutup, kan? Jom bergaya macam dia nak? mesti lagi cantik kan?

3. Tidak Mengenakan Pakaian Syuhrah. Pakaian syuhrah tu macamana ye? haa...tau tak kalau orang kata mencapub? mencari publisiti. publisiti macamana? ada 2 tau, yang pertama, berlebih2an sangat supaya nak tunjuk kat orang kita ni kaya, mampu beli baju yang harga sampai ribuan ringgit..supaya orang kagum kat kita, bahawa kitalah yang paling anggun pada hari tu.. dan yang kedua, pakai pakaian yang 'lusuh ala menghina diri'. kononnya kita yang paling zuhud, kelihatan alim, yang paling kuat beribadah..ha, pernah tak feeling2 macam tu? So, tu semua berbalik kepada niat kita kan? Kita pakai sederhana je, tapi orang nampak kita indah, nampak kita anggun..kalau macam tu nak buat macamana? terima je lah pujian dan syukur..

4. Sesuaikan Baju Dengan Aktiviti. Apa kata tahun ni kita pergi surau atau masjid untuk solat sunat hari raya dengan pakaian yang sesuai? Cuba bayangkan kita pakai kebaya ketat, material kain pulak dari satin, agak2 selesa tak kita nak beribadah? panas.... walaupun masjid ber aircond, tapi biasalah, hari raya mestila penuh masjid kan? pakailah pakaian yang selesa.. Lagi satu, bila kita beraya di kampung, mestilah masa tu kita nak mengeratkan silaturrahim dengan sedara mara yang kita dah lama tak jumpa kan? So kalau dah pakai pakaian yang mewah sangat, sampai susah nak sinsing lengan sikit bantu2 buat air or isi kuih dalam balang, buat apa? takkan kita nak dok atas sofa dengan budak2 kecik sambil tengok tv, padahal yang lain sibuk di dapur kan? apa lah kata orang.. lagi pulak, apa lah kata suami kita..malu dia kat adik2 yang lain agaknya..

So, what say you?

*And jangan lupa, bila kita dah siap berhias cantik2, tapi bila orang datang rumah, tak cantik... langsir pun memang tak tukar2.. maksud saya kat sini, bukan kena setiap kali raya kena tukar langsir or kerusi baru.. boleh je pakai langsir yang tahun lepas, asalkan bersih, nampak molek je macam kita jugak=)


Thursday, July 5, 2012

Surveyed Avent Feeding Set

Assalamualaikumwarahmtullah. . .

Hasil survey dari beberapa websites seperti saudagar uk, kedai ibu, barang bayi murah, dan kcdream, amazon, dan ebay,
maka disini dapatlah julat harga barangan2 feeding jenama Avent seperti berikut:


1. Avent ISIS Duo Electronic BPA Free (RM 1036 - 1600)



3. Avent Single Electric Breastpump (RM 337 - RM 650)




2. Philips Avent 3 in 1 Steriliser (RM 174 - RM 329)




3. Philips Avent Digital Food and Bottle Warmer (RM 194 - RM 249)




4. Philips Avent Electric Food and Bottle Warmer (RM 149 - RM 157)



harga2 kat sini adalah antara yang termurah jugak, sebab saya survey pun sites yang menawarkan harga yang murah je.. kalau ikutkan, paling murah ialah beli sendiri di UK, contohnya beli dari amazon.com, tapi postage fees dia mahal ye kalau nak hantar direct to MY. Lainla kalau ada adik or sedara mara dari sana, so upahla diorang sket tolong bawakkan ke Malaysia=)

kenapa semua barang Avent ye? sebab. .breastpump Avent ni, opening bottle dia tu xfit dengan most jenama lain. Besar sket. So kenala beli jenama Avent utk warmer, steriliser dia kan?

happy surveying!

Wednesday, July 4, 2012

Kenapa yang follow ramai dari Indonesia?

Assalamualaikumwarahmatullah.. Kenapa ye, bila check balik yang mengfollow blog ni ramainya dari negara jiran, Indonesia? dulu sebelum ni pernah letak chatbox kat blog, and yang tukang chat pun ramainya dari Indonesia. and one more, pernah saya update tentang persiapan kahwin, dan ada yang tukang komen utk rujuk tentang tempahan bunga. bila bukak link yang dia bagi, kedai bunganya terletak di Indonesia. aik? Gimana berlaku srupa itu yang dong? adakah mereka ini perisik2 dari Indonesia? oh please, my blog ni takde rahsia kerajaan pun.. tapi kalau orang Indonesia suka baca, silakan..xkena bayar pun..salam ukhuwwah dari saudara seagamamu=)

Sunday, July 1, 2012

My organized, dream house

Assalamualaikumwarahmatullah...

Since our house will siap in early January 2013, I have been searching for the things to complete my house, my small little house in Desajaya Villa, Senawang. And I think, because of the small space, what's important is how will I organize things in my house to make it look more spacey and more.. ermm.. cozy=)



So let's feast our eyes with these convenient yet easy-peasy-lemon-squeezy-tips taken from marthastewart.com.

Enjoice!

1. for living room:

remote corral


umbrella stands


stand-up storage (ideal for your photo album, magazines, etc)


desktop organizer for small notes


2. the kitchen helper






3. bathroom




4. store-room




Happy organizing!