Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 26, 2011

Macam x percaya

Assalamualaikumwarahmatullah. . Currently at Taiping, got some auditing for the TKR account. huh, drove all my way from Perlis to Taiping was so tiring! And satu lagi, setiap kali drive alone kemana2 sahaja lah pun, hati mesti sebak. . . hati mesti teringat arwah mak yang sangat kurindui. Xsempat dia merasa naik kereta pertamaku. Xsempat dia tengok aku pergi kerja. I miss u so. . . When i woke up in the morning, mesti selalu je rasa tak percaya yang dia dah takde Bila pergi bilik dia, tengok rak baju dia yang masih elok tersusun, macam xpercaya yang rak tu dah lama xbersentuh. dah lebih setahun. Bukak almari tengok baju favourite dia masih tergantung. Tengok bawah katil ayah, ada selipar yang dia suka sangat pakai. Ayah simpan sume tu untuk hilangkan kerinduan dia terhadap arwah. Tengok kat dinding ada gambar ayah n arwah masa kat kenduri kazen. aku tau ayah rindu. tiap2 petang, bila dia ada masa, ayah akan ke kubur arwah mak untuk berihkan dan doakan untuk arwah. Kesian ayah kehilangan cinta hatinya yang berkongsi susah payah, senang bersama selama 26 tahun usia perkahwinan mereka. Bila aku rindu, aku akan ambil baju yang dia excited beli untuk my grad day. baju kurung pahang biru, siap dengan tudung, sumenye baru time tu. Berbeza dengan my commissioning day, dia pakai biasa2 je. Jalan pun berpimpin. . Xdapat rasanya membayangkan dia memanjat tangga RMC yang sangat tinggi semata2 untuk ke hall tengok aku dapat watikah dari Sultan Kedah. . .ayah kata beberapa kali jugak dia berhenti penat memanjat tangga tu. tapi ayah pimpin dia sampai atas. First time aku tengok dia begitu lemah. aku sambut dia dengan rasa yang terkejut. aku bawak dia ke tempat makan n carikan dia tempat duduk sambil ayah ambil makanan untuk kami. aku rindu saat tu. saat dia peluk aku ucapkan tahniah. mak, along rindu mak sangat. . . :'( Tak sampai seminggu lepas tu, keadaan dia semakin merosot. Makin hari ada je perubahan pada dia. Sekejap dia xboleh tidur, sekejap tu dia tidur sangat lama. . sekejap tu dia boleh bercakap, tapi antara ingat atau tak. bila aku panggil 'Mak. ." dia akan jawab. . tapi xlama kemudian dia dah xbercakap. . Dia senyap je..expresi muka dia je yang dia tunjuk untuk tunjuk dia rasa sakit bila bergerak. . pernah sekali dia bangun 3pagi n mandi sendiri. ayah terbangun sedar mak tade kat tilam, rupanya dah ada dalam bilik sambil siap pakai baju sendiri. . Pernah sekali waktu selesai aku solat Maghrib aku tengok dia xde kat tilam dia. aku cari dia merata rumah.. .aku panggil, n dengar halus je suara dia jawab. . rupanya dia dok atas kerusi roda dia di luar rumah. . merenung sesuatu yang xpasti.. . aku tanye dia buat apa. . .dia senyum je. . . Mak, along rindu senyuman mak. . . Teringat kali terakhir dia masih boleh bercakap. . waktu tu makcik aku pangku dia. .makcik ty, dia ada nak kata apa2 untuk ayah n anak2 dia. . sambil nangis dia pesan, "mk nak ayah, along, angah n adik2 sembahyang sunat berjemaah". Sungguh time tu, aku xsangka dia maksudkan solat sunat berjemaah tu adalah solat jenazah untuk dia. Yang ada dalam fikiran aku time tu, dia kan sihat. dia akan kembali kuat seperti sediakala. . Kami teramat sayangkan dia. .tapi aku tau, Allah itu lebih maha Pengasih dan Penyayang. . .Dia lebih sayangkan arwah. .sebab tu dia jemput arwah kembali kepadaNya lebih awal dari apa yang kami jangkakan. . . Masa arwah dah pergi, aku masih dalam perjalanan dari Ipoh ke Seremban. Xsempat aku tengok dia saat2 terakhir dia masih boleh bernafas. Waktu dia pergi mata dia dah tertutup erat. . nafas dia sesak. .Hbis je nenek saudara aku bisikkan " Kalau nak pergi, jalan lurus2. . .jangan ikut jalan bengkok. . " terus dia pergi. . . Aku sampai je kat rumah, ayah terus peluk aku. Aku tengok adik beradik mak semua ada kat luar n dalam rumah. ayah suruh aku tabah sebelum masuk tengok mak. . . ku berdebar tengok sekujur tubuh dah tertutup dengan kain batik n bahagia muka tertutup dengan selendang putih. . makcik selak kain tutup muka, aku tengok muka arwah mak lain sangat...lembut sangat, n muka dia tersenyum! ya Allah. . .damainya muka dia time tu. . . aku xmenangis langsung. aku redha sangat waktu tu sebab aku xsanggup tengok muka dia kesakitan lagi. aku tau Allah telah menjemputnya dengan keadaan yang paling baik sebab semua tu tergambar pada muka dia. Makcik2 n yah aku pun kata macam tu. dia pergi senang sangat. . . Aku tau aku xboleh nampak sedih depan ayah n adik2. . .kalau aku sedih, diorang lagi sedih. . .Segala kesedihan aku hanya tunang aku yang tau. . dia je tempat untuk aku mengadu, sebab aku xnak nampak lemah depan adik2. . . Dalam sibuk aku buat persiapan kahwin, aku terngat lgi arwah sangat semangat bila ada nak2 buah dia yang nak ahwin. . dia yang akan bz buat tu ini untuk make sure perjlanan majis lancar. . kalau dia ada sekarang, aku tau mesti dia sibuk untuk majlis anak pertama dia. . . Mak. . .along rindu mak. . . xsanggup lagi rasanya nak teruskan menaip disini. . . Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman. . . Al Fatihah~

Friday, October 21, 2011

Lapik Dulang Hantaran

assalamualaikumwarahmatullah oh.. harini sungguh takde mood mahu membuat kerja disebabkan setelah berjlan2 di kedai dan xjumpa lapik yang berkenan di hati, maka saya telah membuat bloghopping! and i found these beautiful pieces=)
saya telahpun membeli lapik dulang dari Superwani oh so beautiful! thanx dear!

nikah outfit

assalamualaikumwarahmatullah

finally, terpaksa juga membeli laptop baru. xlarat la nak berulang tiap2 malam ke arau untuk setelkan kerja2 ofis yg tertangguh

ok done with that. back to the topic.
aritu ingat nak amek pakej je baju nikah n sanding kan
ingat pi kedai kain nak beli kain untuk ayah n adik2 je,
sekali...........




terbeli pulak satu set chiffon n satin untuk bride n groom. haha..padan muka..
tapi xpela, memang cantik pun(perasan!)

skarang, mana nak cari tailor kat perlis ni yang betul2 boleh dipercayai untuk membuat baju ni?

Wednesday, October 5, 2011

home?

assalamualaikumwarahmatullah..

see how much have i posted today? hehe..
harini adalah hari malas sedunia.

xpe2, esok perlu turun site untuk buat tinjauan. maka harini perlu rehat!

ok2, mari balik ke topik perbincangan seperti di tajuk.

home.

mana nak dok lepas kahwin ye? peningnye saya n my other half memikirkannya. ok, kalau dok jauh ni xpelah, saya di perlis, n dia masih di rumah parents di kuarters KLIA.

tapi, what if saya dapat bertukar ke KL?
alhamdulillah kalau dapat=)

saya akan bekerja di batu kentonmen, dia di KLIA.
sudah terbeli rumah di Desajaya Villa, Senawang.
makanya, macam xekonomi kalau duduk kat situ.

so, setelah berbincang dengan jayanya, kami bersetuju duduk di Putrajaya. kuarters kerajaan lah kan.. fair untuk dia dan saya sebab located di tengah2 antara tempat kami bekerja.




eh, discuss macam confirm je dapat posting kan?
berangan lah kau, ruzana...

oh, lovely!

assalamualaikumwarahmatullah

entry yang xmemerlukan kata-kata.

ooohhh.......lovely!









baju bertandang

assalamualaikumwarahmatullah..

since my side punya baju dah disetelkan kerana ada dlm pakej Sanggar Gemalai, so yang pening untuk saya memikirkan sekarang adalah baju on his side.

majlis bertandang nanti akan dibuat kat dewan, tapi kami tak bersanding pun, just macam kenduri makan2. itu pun atas permintaan my MIL and FIL to be..

maka, haruskah disewa ataupun ditempah baju tersebut?

kalau sewa, maybe murah. tapi xla murah sgt kan?

kalau tempah, nanti boleh jugak nak pakai balik time raya pertama as husband and wife..hee=)

haritu dah tengok di Jakel, tapi, harganya.... xlarat den tengok!

survey di Jalan TAR, banyak yang cantik dan murah2.. chiffon beaded pun cantik2 tau..

TAPI,

bila masa pulak sempat nak survey and tempahnye?
skarang pun kerja tengah melambak2 ni. kat sini pun bukan ada kedai jual kain lace ni. oh Perlis.. mana nak shoping kain ni??...

love the simplicity

yang ni cantik, tapi maybe labuh baju n lengan perlu dipanjangkan sikit,

and this will be the color! oooh i'm in love!

inai

assalamualaikumwarahmatullah..
Gambar sekadar hiasan. (sorry kepada pemilik gambar)

baru je ingat nak cari tukang ukir inai terhadal di Malaysia..hehe

kebetulan semalam borak2 dengan kawan yang baru je berkahwin(and sedang pregnant 3 bulan pun), dia pesan, inai lukisan tu hukumnya haram!

pastu pagi ni kebetulan terbaca post di FB sape ntah pasal hal ni.

so let me quote the article here ye,

"Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman.."

So.. marilah kembali ke cara kita ye, sperti ni: simpler and cantik lagi sebenarnya=)

kan cantik dan kemas tu...