Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Monday, March 13, 2017

Sayang...

Assalamualaikum..

Susahnya nak lelap dan lena. Anak-anak semuanya dah lama tidur. Deep sleep.
Pandang muka satu persatu, tenang. Damai.
Mula lah datang rasa bersalah sepanjang hari.
Bila bersepah sikit, ummi marah. Bila ummi panggil tapi tak nak datang, marah. Haih, cepatnya diri ni kalah dengan api kemarahan.
Sedangkan bila difikir, dihitung. Harith baru 4 tahun. Hannan 2tahun. Hateem, lagilah. Setahun pun belum...
Haih lah ummi, berapa lama masa awak pandang muka anak-anak berbanding menelek skrin telefon. Tu belum tolak masa memasak, melipat kain, mengemas.

Macamni lah ye perasaan bila dah jadi emak. Sebanyak mana masa diluang bersama anak-anak, takkan pernah rasa cukup.
Bila harith dah pandai tanya, 'kita cuti panjang ke cuti pendek, ummi?'. Maknanya dia pun dah pandai meneka berapa jumlahnya masa.

Sayang anak-anak ummi. Semoga Allah memberkati.

Tuesday, August 9, 2016

ibu kurindu, ayah kusayang

my love at first sight... ayah...

Assalamualaikum wbt and good morning! today, 9 August 2016 remarks ayah 59th birthday... happy birthday ayahku..semoga Allah sentiasa memberkatimu... ayah saya ni ceria orangnya, dari kami kecik sampaila beranak pinak ni, ayah bukan orang yg garang (walaupun dia pesara komando). Ceria je selalu, jarangla nak nampak ayah marah2. kalau dia marah pun dia diam. haa kalau dia diam, kami pun risau, sebab biasanya ayah ni happy go lucky je... family ayah besar, adik beradik ada 16 orang. atok dan nenek kami meninggal masa ayah umur 3 tahun lagi.. kesian ayah xsempat nk rakam dalam memori wajah mak ayah dia pun... but lucky him adik beradik ayah yg lain kebanyakan dah besar. so mana yg dah besar, they took turn to look after adik2 yang masih kecil. that's the beautiful of their relationship. masing2 takes the responsibilities bila mak ayah masing2 dah takde. tu yang ayah kejap di seremban, rumah maklang. sekejap di rawang, rumah arwah pakcik zainal... tapi lama di rawang la kan, sebab tu kami dah anggap rumah rawang tu kampung halaman kami. atok dan nenek pun memang asal disitu..

walaupun adik beradik ayah jauh, but they are very close to each other. xdengar kisah gaduh adik beradik ni. great love bounds them together..dan they are soft spoken.. termasukla ayah saya ni... waktu zaman dok asrama, stiap minggu ada postage, ayah kirim roti dari seremban. sebab ayah tau saya sangat suka mkn roti, sometimes the day the postage arrives, roti pun ada yg dah berkulat. but i dont mind. buang kulat2 tu, dan makan the rest. xkan sia2kan apa yg ayah dah beli dan bagi... dekat atma pulak, bila ayah tau saya demam lama, dia datang dengan arwah mak naik motor hantarkan air penawar.. sebak sangat masa tu sbb ayah n mak sanggup dtg semata2 nak hantar ubat untuk anaknya ni.... sampai sekarang pun, kami dah berkeluarga ni, ayah akan keluar awal pagi belikan roti canai for us bila balik paroi... ayah xperlu pun buat semua ni sebenarnya.. kalau nak balik to my stepmother house kat pilah pun dia akan make sure everything goes right kat rumah paroi dulu, baru dia gerak. ayah kata, sekarang ayah ada 2 rumah, 2 keluarga, semua ayah kena jaga hati.. sambil senyum2, kemas2 tu dia ckp mcm tu... relax je, tenang... haih ayah...ayah.......

waktu arwah mak start sakit, ayah jaga bagai menatang minyak yg penuh... time tu saya nampak ayah sangat sayangkan arwah mak. segala apa yg dia dengar boleh menyembuhkan, dia akan bawa mak. pagi sebelum pergi kerja dia akan mandikan mak, suapkan mak breakfast. tengahari dia balik, bawa ubat dari sinseh pula. suapkan makan mangga... hurm....teringat lg, beberapa hari lepas mak pergi mengadap Ilahi, saya sneak out dalam bilik ayah. tak sneak out pun sebenarnya, just masuk sebab nak cium baju mak yang masih tergantung. nampak diary ayah. baca segala catatan ayah masa dari mula arwah mak sakit... sedihnya masa baca, menitik2 air mata... hati seorang suami, xnampak dan xterluah di luaran.. tp sayangnya pada si isteri ni hanya Allah yang tahu...

Ayah... semoga Allah panjangkan usiamu untuk terus beribadah kepadaNya... semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya untuk kami sentiasa melihat ayah senyum, ketawa... dialah ayah, dialah ibuku.... ampunilah dia, segala kesalahannya, semoga Allah terus merahmatinya.... amiiinnnn....


Wednesday, August 3, 2016

Our 3rd baby Hateem

Assalamualaiku wbt.. fuh bersawang habis. seronok sangat cuti 3 bulan, akhirnya it comes to an end jugak... so bila bekerja barulah ada masa nak pegang laptop kan? rugi je pasang wifi kt rumah tp bukannya boleh nak guna laptop sangat.. ada je pengacauu...

so sekarang family sudah bertambah besar, we are 5! ya Allah, cepatnya semua yang terjadi... rasa macam baru je lahirkan Hannan, tau2 dah keluar Hateem pula.. rezeki kan, ditolak2, bila ianya tetap datang, itu semua rezeki yang Allah telah rancangkan.. Dialah sebaik2 perancang.

Hateem lahir on 39 weeks of pregnancy. record paling awal setakat ni lah. Harith on due date, Hannan 2 days before due. and Hateem, a week before due. Induce! sakiiittt... teringat2 lagi sakitnya.

Hateem punya buku pink paling tebal sebab checkup done at 3 places. KK setiawangsa, HKL then HAT Mizan.. fuuh... hampir tiap2 minggu ada checkup sbb dah masuk je 28 weeks, Dr detect baby kecik, dalam 2 minggu smaller than normal size baby. takpelah, pergi je lah kan every checkup. risau juga nak memandai2 tak pergi. memang sangat penat menunggu, dari pagi kadang sampai pukul 3 ptg baru habis turn... lama sgt tunggu dan penat. nasibla keluar ok je, a bit small, but not too small la. 2.79kg.

Waktu checkup 39 weeks tu, dr kata dah takboleh tunggu sebab air ketuban dah sikit. so kena induce.. dr suruh admit lepas tu jugak, tapi of course la i pergi kawtim kat pendaftaran kannn... sebabnya Hafriz xbalik kerja lagi, dan Harith and Hannan masih kat rumah babysitter.. barang2 memang semua ready dah dalam kereta, kecuali charger dan bakul makanan je lah.. so drivelah kereta balik ke rumah, waiting for hafriz to come back. lepas tu dah siap2 solat asar sume kitorang pun bergerak k Zawara coffee pasal teringat2 sandwich dia tu. ntah apa yang mengidam sangat, padahal biasa je pun..haha... dah inform babysitter siap2 minta tinggal Hannan dan Harith mlm tu. kebetulan my MIL pun nak gerk juga petang tu ke kl utk jaga 2H..alhamdulillah, my MIL is so darling to jaga both son that night.. love you ibu! annnnnddd lepas tu baru admit ward...lepas maghrib jugalah.. sebab borak panjang dengan husband, bgtau takut nervous semua ada sebab nk kena induce kan...

start at 10 pm, dr masukkan ubat induce. ok, the 1st hour tak rasa pape lagi.. relax2.... masuk je pukul 11pm, haa... every 3 minutes ada contraction. strong contraction tau! ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.. time tu buat solat taubat minta ampun kat Allah atas segala dosa yang pernah dibuat selama ni.....

3 minutes cotraction memang constant. xde delay2.. sepanjang malam tu, tengok je jam. 2 kali juga minta nurse check if dah buka jalan.. tapi belum! huhu.... 2 delivery sebelum ni Allah bg rezeki senang je bersalin. sekali yg no 3 ni lain sikit. sampai subuh menahan contraction. Hafriz pun tunggu je dekat surau hospital. tak balik rumah pun. dia keluar la kejap ke mamak tengah mlm tu sebab lapar.. nak order pun xlarat makan dah. mampu makan kurma je dgn air milo buat alas perut. lepas solat subuh, dr check jalan lg sekali. Alhamdulillah time ni dah 5 cm, bole tolak terus ke labour room...

pukul 7.15 am masuk labour room, tak sampai 10 cm lagi. dah bgtau nurse memang rasa nak meneran sbb dah tak tahan sangat... Hafriz sentiasa kat sebelah bg kata2 semangat. at 8 cm, nurse kata, teranlah.. teran betul2... huh, apa lagi kan, terus terkeluar baby boy yang cute tu... sekali je, xde delay at bahu, nurse kata baby roket ni! hahaha..... alhamdulillah...... lega sangat hilang segala rasa sakit yg sebelum tu...

so tepat at 8 am, 5 may 16 on israk mikraj, lahirlah seorang lg khalifah di bumi Allah ni... Hateem nama diberi, cukup ringkas dan padat bermakna penentu. membesarlah kamu anakku, menjadi seorang yang adil membahagi tugasmu di dunia dan untuk di akhirat sana, seorang yang soleh, semoga seluruh perjalanan hidupmu diberkati Allah.... sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya... semoga kamu, anakku yang membantu kami, ummi dan abimu menuju ke syurga.... Ummi dan abi sayaang sangat Harith, Hannan dan Hateem... muah!


Tuesday, February 2, 2016

Farm in the City!

Assalamualaikum wbt and good evening!

Pening fikir last weekend nak kemana sebab dah berweekend xkeluar kemana. Hafriz kerja, anak xsihatla.. so last weekend since a long weekend for me and hafriz pun off day jatuh on both days, marilah kita berjalan..hihi..

Plan macam2, nak g Colmar Tropicale lah, nak g Cameron lah, nak stay hotel just to play in the swimming pool lah.. oh tidak2, di zaman gawat harus jauhkan aktiviti lagha begitu. nak g swimming pool better gi Mess ATM je kan?

Search internet, yg menarik adalah ke Taman Tasik Perdana dan Farm in the City kat Seri Kembangan (located behind Giant Seri Kembangan)... so we went to both places, on saturday and sunday respectively. It was fun, bringing the kids closer to the nature.. (instead to boring shopping malls yang hanya menggembirakan mata myself kan)

We paid rm 30 for adult, each, and free for the kids (yay!). Lama juga berjalan. almost 3 hours. itupun xmasuk yang part savannah sebab Harith takmau masuk. dia kata busuk! oh boy.... (harith sangatla sensitif terhadap bau, even kalau tengah menggoreng ikan pun dia suruh tutup gas,  xmau bau ikan goreng.. -______-")

Sangat seronok. boleh pegang haiwan2 yang ada kat situ. Ayam2 berkeliaran and gemuk2... Hannan, always being the brave one kejar and pegang ayam yg lalu dekat dia.. celup2 tangan dekat itik and fish pond.. Lucky that we brought the stroller, kalau x jenuh juga nak mendukung both boys. diorang penat kot sbb there were some parts yang nak kena berdukung je..

Overall, memang seronok jalan2 dalam tu. and worth every penny! dalam kereta seronok cerita dekat harith and recall balik haiwan apa yang jumpa dalam tu...




















this bird remind me much of El Macho from Despicable Me..haha

suruh bergambar dengan adik, dia pi tarik rambut adik pulak -_______-

Balik dari situ, kami singgah ke Publika untuk makan2.. saja nak bagi 2H penat awal so we can have early call for that night, we decided to try that cafes from facebook.. 




Marmalade Cafe at Publika.. our verdict? sedaaappp... main course sedap, kids meal sedap, cake sedap... dan paling penting, boleh makan dengan aman sebab they did have small playground outside the cafe and a play area for the kids, siap ada tv buka cerita cartoon. (tapi taklah aman sangat kan, risau juga to let them kids play alone dengan budak2 lain..)

Balik rumah. tak penat juga 2H ni. sambung main lagii..... ok fine....... sel2 otak sedang berhubung kan.......

gambar on saturday kat Quill City Mall... beli baju kat H&M dan dapat angpau.. (baucer) yay!

Ok, that's all for last weekend... bye bye!


Wednesday, January 6, 2016

of 2015 and hello 2016!

Assalamualaikum and hii.. today marks the sixth day of 2016. still, no progress for my thesis. remain. untouched. nak grad ke taknak ni?? here are some recaps of my journey in 2015. tak lah journey mana pun, cerita anak-anak je yg lebih.

being a mother of two boys, it's quite challenging. Alhamdulillah, I did survived with minor scratch here and there. Harith still manja-cheeky boy. still geli dengan pasir, rumput.. adoi.. makan pun mau bersuap so he didn't get his hands dirty. Started the 'why' question everytime.. susah juga mau menjawab.. dia dah boleh questioned anything, kalau janji dengan dia confirm dia ingat... dah pandai bercerita his activity for the day, remember huruf hijaiyah and boleh ikut kita baca surah al fatihah... abc to z, one to eleven (why eleven?? haha). doa makan and doa tidur dah hafal. (haih, tu je ke doa yang awak ajar, ummi?) sebenarnya ummi dia ni taklah rajin sangat mengajar, rajin cari video je kat youtube utk dia tengok sambil belajar. tak lah bertujuan nak push dia belajar pun, tapi if he did learn while enjoying the videos, alhamdulillah....

Hannan pula suka berdikari. makan tak mau bersuap. semua nak sendiri. which then leads me to mop the whole house...huh! Hannan ni fast learner juga. especially apa yg abang dia buat. cepat je ikut. Panjat sana sini tapi,, nak turun nangis.. haha hannan2... Sekarang dah pandai main berdua. Seronok juga intai diorang kalau main dalam bilik. Main blok sama2 last bergaduh sebab Hannan suka jatuhkan blok yang abang dia susun... Hannan suka tarik rambut abang, suka buli abang. Abang Harith redha dan pasrah je. Tak pun nangis. tu lah penyudahnya... Hannan can eat almost everything. Time Harith dulu banyak sangat pantang larang itu ini tak boleh. last2 jadi sgt fussy utk makan. sekarang yang dia makan nasi kosong sahaja atau ikan goreng sahaja. or the combination of both. Takpelah asalkan makan ye.. Dengan Hannan ni xdelah peraturan sangat. apa yang kami mkn or masak, dia makan. buah2 pun dia suka...

Erm, tu perihal anak2.. bulan 5 ni inshaa allah kami akan berlima. hope everything go smooth and well.. permudahkanlah urusan kami membesarkan 3 anak2 yang kecil ni.. I never plan for this third baby, rezeki Allah nak bagi awal, kami terima. so umur 30 dah anak 3, lepas ni mungkin stop for a while. Atau stop terus? bergantung pada rezeki yang Allah tetapkan pada kami sekeluarga... Semoga kami terus istiqamah mendidik dan membesarkan anak-anak amanah Allah kepada kami.. Semoga kami sekeluarga terus diberkatiNya...

Harapan 2016? Nak pantang betul-betul. Nak habiskan master's project ni dengan jayanya. Nak rumah yang lebih organised dan cozy. Nak main dengan anak puas-puas. Nak bina hubungan yang lebih baik dengan keluarga, saudara mara dan sahabat. dan yang lebih penting hubungan yang lebih baik dengan Allah S.W.T. inshaa Allah...




Thursday, December 3, 2015

Review: the everly putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Last week, pening plan nak jalan kemana bawa 2H.. yelah, 2 minggu nak tinggalkan anak2 dengan nekmi di kampung kan, so marilah having fun quality time with them. Keluar dari rumah lewat juga. Ingat nak terus check in tapi awal lagi kan. So marilah kita ke rabbit fun land si puncak kaki bukit broga. Bawa anak2 mendekati alam.. hehe... 
It was fun. Bukan 2H je, abi dan umminya pun seronok juga. Kwjar rabbit, bagi makan kambing.. donkey, kuda, lembu, monkey, kuda.. kelakar bila ada seekor baby kambing datang kat harith. Cium2 tangan dia. Sikit pun dia tak takut.. siap dia usap2 kepala anak kambing tu.. hannan mula2 takut juga. Tapi xmenangis. Ok je dia hulur makanan dekat rabbit n kambing..


Dah petang, kami pun bergerak ke putrajaya.. asalnya plan nak bawa anak ke PD, tapi cuti sekolah kan. Planning pun buat last minit, check most hotel semua dah penuh.. so marilah kita bercuti dekat je..

Dah 3 kali sebenarnya kami stay kat sini.. kalini pergi memang walk in je. Sampai je kaunter, dluxe room dah penuh, so ambil je lah executive room. Kami suka sini sebabnya, sebelah je dgn alamanda. So jalan kaki je nak pegi mkn or beli kudap2an.. lagi satu, breakfast selection dia best dan banyak! Salah satu kriteria yg penting dlm memilih hotel..hihi..

Suka everly sebab dia friendly user. Iron board, iron, safe deposit box, hairdryer, bathrobe, sejadah semua da dlm bilik.. surau dia pun bersih dan telekung semua bersih dan wangi.  Bilik sangat bersih, toilet pun ada hose..

Waktu kami pergi last week dia tengah renovate area swimming pool. Nasib baik swimming pool boleh guna, sebab janji dengan harith nak pergi pool, dia pun dah sebut sepanjang jalan kan..

Seronok. Kami berempat je.. dah lama tak rasa bercuti dengan privacy macam ni.. harapnya lepas ni, ada banyak siri lagi holiday kami berempat. Eh, may depan inshaa Allah dah berlima..hihi...







fobia nak datang course lagi...

Assalamualaikum wbt..

1 week more to finish the course, alhamdulillahhh....... dah 3 bulan disini.. macam2 yang dilalui. Terlalu banyak sampai tak terakam. Paling sedih of course, meninggalkan kesayangan di rumah.. without me, sedih.. the first month semuanya seems ok. Masuk second month, start ada problem sana sini.. terasa macam melalui zaman paling gelap dalam hidup. Difitnah sana sini, diumpat malah dimaki oleh org yg terdekat.. Allah.. apakah dugaan.. selepas peristiwa kehilangan arwah mak dijemput Ilahi, ini rasanya perkara yg paling menyedihkan berlaku dalam hidup ni. Syukur, punyai suami yang banyak bersabar memimpin aku keluar sikit2 dari masalah yang membelenggu... suami banyak nasihatkan bersabar, buat tak tahu.. kita takkan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak!

Buat keluargaku yang tak putus2 menasihati, terima kasih... banyak pengorbanan kalian.. buat bapa mertua yang menyokong dan menasihati... terima kasih ayah... tak tertanggung rasanya bila dihentam dari kiri dan kanan... buat insan yang berkenaan, berbahagialah sekiranya ingin bahagia.. jangan banyak menyimpan benci kepada org lain.. mungkin satu hari org tu lah yg akan membantu kita.. dan janganlah suka menyampai2 cerita, lebih baik berdiam dari menyampai yanng buruk kan? Sekali aib org dedahkan, sepuluh kali aib kita terbuka.. kalau xsuka, nasihatilah, janganlah diumpat.. nasihati aku, biar aku tahu apa kwsalahanku, janganlah biar org lain tahu sedangkan aku tak tahu!

Buat masa ini, biarlah segalanya terubat dgn masa.. siapa yang xmahu bahagia, semua orang nak.. tapi, biarlah.. tanggungjawab tetap perlu dilaksana, cuma kemesraan spt masa lalu mungkin tak seperti dulu...

Semoga Allah melembutkan hatimu dan hatiku...

Thursday, June 11, 2015

Review: Fraser Place Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak post. hihi! Kalini nak review our very short in-town vacation last month. Gambar tak banyak, so semua gambar Mr Google lah ye..

Hotel ni actually apartment-style, terletak dekat dengan KLCC, lebih kurang 10 minutes distance kalau berjalan kaki. Kami bermalam 1 malam je. Saja2 nak berjalan sebab bulan lepas stress betul dengan kerja, thesis, chores, etc.. sejak ada 2 anak ni, cuti pun dekat2 je.. belum plan lagi nak berjalan jauh2, sebab penatla nak jalan jauh2, balik tu nak membasuh, mengemas lagi kan?

Kami ambil 1+1 bedroom premier. ada 2 bedroom, 1 ada extra king sized bed dan lagi satu bilik tu extra single bed. Bilik air dan toilet separated, (ada paip, jangan risau..) tapi kongsi la. for both rooms. ada complimentary breakfast for 3. kalau nak tambah orang, rm 35 per pax untuk buffet breakfast. Dan yang buat kami pilih hotel ni sebenarnya, dapur dia sangat lengkap ok! coffee maker, toaster, microwave, kettle, rice cooker, electric stove, peralatan dapur, cutlery, tapis sayur pun ado.... pendek kata, nak masak takde hal lah.

Dalam bilik pulak, ada bathrobes, payung, iron, hairdryer, sejadah pun ada..ada banyak lagi, xingat dah..

Swimming pool, sauna room, jacuzzi, bilik main ps4, xbox, gym, self-service laundry sume ado kat Level 18. Bilik sauna, jacuzzi room, dan steam room separated for male and female ye. jangan risau....Sangat best=)

Ok marilah tengok gambar ye..







Credit: Google

Ni gambar yang sempat ambil..




hehe..sangat sikit kan? 

overall, kami sangat berpuas hati. breakfast pun sedap juga, cuma local menu tak banyak la. customer service pun friendly.. Ada rezeki kami datang lagi.. 

Fraser Place KL, kami bagi 5 bintang!

Sunday, November 23, 2014

Hannan is here..!

Assalamualaikumwarahmatullah...

Hannan turns 1 week and 1 day. Alhamdulillah.. such an easy baby.. tak banyak meragam for now, hopefully for future too! heheh..

My plan was to deliver at Hosp Angkatan Tentera Tuanku Mizan at first, ye lah, Harith dulu pun kat situ kan, selesa and ok lah.. tapiiiii...... I think that will be my last time untuk bersalin kat sini lagi kott! If they still didn't upgrade the service lah.. hopefully there will be improvement for near future...

There were bloody show the day before. Asking my MIL whether to stay at home and waited for constant contraction or just straightaway go to the hosp, she suggested to stay at home first. sebab tak rasa sakit langsung time tu. and there were no one at home besides the three of us. kesian pulak Harith nak tinggalkan malam tu.

Esoknye, my sis and her husband came, she planned to go to IBEX at KLCC. I thught it will be my exercise kalau jalan banyak2, maybe ada contraction and ada jalan so I will deliver cepat sikit..hehe.. so kitorang pergi lah KLCC.. Hafriz kerja at that time. Time jalan2 tu, every 15 minutes ada mild to medium contraction. Memang kena cari tempat duduk every time the contraction came and go. tapi 15 minutes gap is still a long gap. Nurse kata kalau selang 5 minutes baru datang hosp. So then we walked, eat, walked..... balik je rumah, terus terasa makin cepat pulak sakit tu datang. Tunggu Hafriz balik kerja, then kitorang terus ke hospital. Sempatlah masak 3 jenis lauk dulu kat rumah, tapi tak sempat makn pun... Nasib baik sempat makan pisang goreng yang Hafriz belikan masa balik kerja tu.. tu jelah bekalan untuk meneran.,, hihih!

Sampai je kat HAT Mizan, dah ada 5 cm bukaan. patutnya dah masuk labor room. Tapiiiii, disebabkan oleh Dr pakar demam at that time, diorang terpaksa tolak my case to HKL.. ya Allah, bayangkan la dengan tengah sakit masa tuuuu,,,, tak tau nak kata apa, pasrah je.. ikut jelah.. Hafriz pun bengang kot time tu..

So that was my first time naik ambulance.. diorang tanya nak baring ke nak duduk. I prefer duduk. hopefully bila dah sampai HKL bukaan dah cukup..haha! laju sangat ambulance! dalam2 tengah menahan sakit, berdoa supaya ambulance ni selamatlah sampai, memang laju sangat2!

kat HKL, dah ada 7 cm bukaan, ok next diorang tolak terus ke labor room. Memang cepat diorang buat kerja, pasang itu and ini, aku dah tak tahan sangat time tu, cek lagi sekali, I was fully dilated..woohoo! alhamdulillah... tak lama lepas tu, lahirlah seorang lagi umat Nabi Muhammad ke dunia ni... alhamdulillah3!

Kesian Hafriz, dia tak sempat pun tengok baby lahir. He was still at the registration counter at that time! Sampai2 tengok baby tengah skin2skin contact with me..hehe...takpelah, next time ye abang.. kalini memang cepat sangat rasanya, apa pun, alhamdulillah, kami berdua sihat walafiat......

Oh itu je lah cerita my 2nd delivery.. mau rehat 2 tahun, then bolehlah nak pregnant lagi, insyaAllah, permudahkanlah rezeki kami ya Allah...

toodles!
Wassalam....

Wednesday, September 24, 2014

Wean Off

Assalamualaikumwarahmatullah and good day!

Dah 2 hari training Harith untuk wean off. Since umur dia 1 tahun 1 bulan dia dah x breastfeed. Tapi bila malam, mesti nak melekap je sampai tertidur. Until I have decided to wean him off from me..huhu..sedih, tapi apakan daya, less than 2 month our second bub will come out, insyaAllah.. so Harith, please make way to your adik baby ye..

Dalam masa beberapa hari before, dalam kereta waktu nak hantar dia ke rumah pengasuh, or before dia nak tido, I keep reminding him, 'Harith dah big boy, n*n*n no, no, no. Ummi popok ye'. Then he'll nod and say 'no,no,no'. Tapi bila I'm about to put him to sleep, dia akan merengek and I surrendered. Tapi sejak semalam, nekad betul untuk tidurkan dia without n*n*n. I ignored him, dia merengek jugak, lama2 popok dia, dia tertidur sendiri.

Tapi last night, I remembered one of my friend ada post kat fb yang dia bacakan storybook for his son until anak dia tertidur. Then i read him a story. I made up a story yang sebenarnya tak best pun, last2 dia tertidur sendiri! X sampai ending cerita lagi dia dah tertidur!


Well done baby Ummi..... You're a big boy now, you did a very good job!