Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 13, 2017

Sayang...

Assalamualaikum..

Susahnya nak lelap dan lena. Anak-anak semuanya dah lama tidur. Deep sleep.
Pandang muka satu persatu, tenang. Damai.
Mula lah datang rasa bersalah sepanjang hari.
Bila bersepah sikit, ummi marah. Bila ummi panggil tapi tak nak datang, marah. Haih, cepatnya diri ni kalah dengan api kemarahan.
Sedangkan bila difikir, dihitung. Harith baru 4 tahun. Hannan 2tahun. Hateem, lagilah. Setahun pun belum...
Haih lah ummi, berapa lama masa awak pandang muka anak-anak berbanding menelek skrin telefon. Tu belum tolak masa memasak, melipat kain, mengemas.

Macamni lah ye perasaan bila dah jadi emak. Sebanyak mana masa diluang bersama anak-anak, takkan pernah rasa cukup.
Bila harith dah pandai tanya, 'kita cuti panjang ke cuti pendek, ummi?'. Maknanya dia pun dah pandai meneka berapa jumlahnya masa.

Sayang anak-anak ummi. Semoga Allah memberkati.