Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Hantaran DIY EVA flower + tissue flower

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Dah 4 bulan kahwin baru update pasal hantaran kan? haha.. ook, ni hasil kerjatangan sendiri tau! suka2 je hias2 sendiri my hantaran for encik mohd hafriz=)

yang ni jam tangan


yang ni coklat. ritter sport minis+ferrero rocher+hershey'e kisses


yang ni sape tak kenal? kemeja la...


ni overall nye lah.. xlarat nak upload satu2.. time ni ada bakul yg xsiap lagi

Itu je lah kot.. senang kan? DIY saja! jimat banyakk....

Saturday, February 18, 2012

deko, deko..

Assalamualaikumwarahmatullah..

current project.

1. hiasan bedroom

2. hiasan guestbook table



paling kiri, dalam piring tu letak bunga rampai. letak kat bilik. location? entah, xfikir lagi. lavender dlm pasu besar tu pun sama. letak atas meja solek




akan diletakkan lilin besar di tengah2. nak cari lilin kat mana ek?

Saturday, February 11, 2012

3 weeks only

Assalamualaikumwarahmatullah..

3 weeks?

oh my~

macam terlampau2 banyak benda tak settle!

1. pinjaman pedang for pegawai sword bearer (please UPNM's QM, please be nice to me)

2. borang nikah! temuduga nikah some more..

3. pegawai sword bearer..(thank marzak for lending your helping hands)

4. guest book (projek DIY separuh jalan. angah, please tlg me siapkan benda alah ni...)

5. DIY bunga manggar. perlu ke x?

6. hantar kad jemputan. (yang dekat2 dah, yang jauh2 sume xpos lagi)

rasanya tu je yg xsetel. benda paling penting adalah borang nikah. xsiap ni xkawin a cek ooooii...


for angah: tolong siapkan ni ye dear... i love you. ni utk tatapan and idea




p/s: buku xpayah balut, ribbon besar tu kalau nak tolong belikan, beli yang silver color, besar macam my hand bouquet punye ribbon tu. mende kat tepi bawah tu nanti aku emailkan. tolong print and fit the size untuk tutup tulisan 'sketch book' tu, and tolong punch kan tepi2 dia guna puncher cantik tu ye.

and lagi satu, untuk page kat dalam tu(PAGE YANG AKU TAK TEBUK KAT TEPI) tolong gamkan ribbon/kertas kaler biru (kat tepi je) supaya bila page yg ditebuk tu ad kat atas page yang tak tebuk, nampak la image tebuk(lacey image) kat stu. get it? if u dont, just call me ye dear! gazillionth thanks to you...! i love u..

Tuesday, January 31, 2012

I DO-Do-do-doilies!

Assalamualaikumwarahmatullah...

i love doilies! sgt cantik n mudah ditransform menjadi bunga yg suwit2 gituw.

i use doily to:

1. Buat rosette untuk my family pakai nanti.





2. Buat doorgift untuk kanak. (oh my- kos untuk ni sgt murah ok!).

(opps gambar belum ambik)


3. Alas PINGGAN hantaran. (haa, slalu org pakai dulang kan? ni pinggan betul punya)



4. [PLAN] untuk bunga manggar.



source: HERE


5. [PLAN] centerpieces.



source: alamak, lupela..

Save The Date, people!

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

express STD image. buat dalam kereta di basement car park Village Mall sementara menunggu time utk meeting.

presenting. . . .






ok now boleh suruh orang apply cuti ye=)

Friday, January 13, 2012

Invitation Cardsss

assalamualaikumwarahmatullah...

entry ini ialah berkenaan dengan invitation card yang...err.... menyakitkan hati pun ada, tp, xpe la, redha jer..

disebabkan ingin berjimat cermat dan juga ingin design kad sendiri tp mahu within my small budget(kedekut) so saya telah mengambil keputusan untuk buat kad sendiri. maksudnye, desig sendiri, beli kad sendiri and print sendiri. haa, terlampau rajin kan?

setelah semua persiapan untuk memprint telah dibuat, iaitu hantar printer untuk pasang CISS dengan kos RM 100.00, membeli kad keras kilat2 sket dengan harga RM 170.00, maka kerja2 print pun dibuat....

dah hampir 100+ kad diprint, tetiba printer buat hal, black ink xmo keluar..kecewa sgt. dgn kepenatan sebab spend banyak masa untuk design peta, design kad, gunting kad smua, maka saya telah berputus asa.

Tambahan, makin dekat nak kahwin, makin banyaaaaak kerja! tension2! maka dengan tak fikir panjang, saya terus call kak nurul dari mykadkahwin-online, n trus tempah kad! haha... tu la, nk jimat sgt.... trus kena double cost, you!

tapi ok la,, kad nye murah je.. utk 1000pcs, RM 0.25 sekeping. tambah envelope, maka total cost adalah RM 280.00! murah kan! n yg penting, xpenat...

maka, nasihat saya.. kalau dah tarikh dekat tu, xpayah la nk susah2 diri nk DIY2 ni... kalau tak kerja lain la..

haih, opps, xbaik mengeluh..

ok, bye!

ni kad kawin saya.. sapa nk bleh bagi alamat ok?

wassalam=)

Friday, December 16, 2011

2 bulan stengah to go

assalamualaikumwarahmatullah

erm, bila tengok 2 bulan tu macam jauh.
tapi bila dimatematikkan 2 bulan tersebut, maka yang tinggal hanyalah stengah bulan kot.
let's see the equation.

total duration is 2 bulan stengah.
manual preparation is 1 bulan.
manual presentation is maybe half a month after that.
tolak berangan, tido, tengok tv, makan, tido lagi, berangan lagi.
ok tinggal stengah bulan.
magik betul lah matematik ni..

bila tengok, tenung, tengok lagi sekali muka encik hafriz tu,
rasa macam xpercaya that we have gone this far.
macam2 dugaan (eceh, mcm lah banyak sgt dugaan tu) yang dah ditempuhi bersama.
ni baru tunang.
dengar2 kalau lepas kahwin laaagi macam2.
encik hafriz, janji dengan saya tau, kita tempuh semua ni sama2 tau.
saya sayang awak. awak sayang saya x? (hahaha, gedik betul cakap macam ni)

ok dah2. cukup2lah perasaan gedik singgah sementara. mari balik ke dunia nyata..
nak update on things that i hve done so far.

1. boss ayah telah menghadiahkan sebanyak 500 bags comel sangat siap ada bunga bagai. means, kegusaran untuk beli 250 boxes for VIP telah settle. n i have double! saaayang boss ayah!

2. kami berdua telah selesai menduduki ujian HIV (eh,menduduki?) dan telah lulus dengan cemerlangnya=)

3. asalnya taknak buat thank you tags sebab rasa membazir, tapi setelah melawat website aunty martha stewart, tergatal pulak tangan nak try2 n try print2. eh, pastu terprint bnyak pulak.. hehe, alhamdulillah, hampir selesai pun atas bantuan my little sis n kengkawan. excited betul diorang sampaikan sanggup datang rumah mlm2 untuk tolong gunting2kan.. tenkiu sayanggssss... nanti time korang kawin i design yang cantik2 utk korg ye!




4. baju2 nikah telah dihantar tempah. encik hafriz punya baju melayu n tuxedo dah siap. (haha..macamanalah rupa encik hafriz yang slalu pakai simple tu tetiba pakai tuxedo kan?)

5. kad kahwin dah siap design. cuma,,, malasnya nak buat peta tu.. huhu... ibu mertuaku dah mula tanya pasal kad dah ni. dia nak edar time kenduri anak2 buah dia january ni.. sempat ke siap ni...

erm, yang tu je kot.

babai=)

Monday, September 26, 2011

hantaran


assalamualaikumwarahmatullah

ni contoh hantaran yang akan dibuat. cuma ni edisi atas karpet je, pinggannye blum dicari lagi..heheh..

senang je.

bunga tu pakai tissue paper n the pink one pakai EVA mat. cara buat? blasah saja..hehe

n alas pinggan, haruslah doilies kan? =P




corsages


assalamualaikumwarahmatullah..

since ahad yang lepas xde buat pape kat bilik, so telah datang satu idea untuk ....menDIY lagi!

kalini, korsaj untuk my family.
using doilies! and ribbons lah kan..

ni gambar yang dah siap. cuma blum tampal pearl beads kat ribbons je..

gambar phone jek


...oh i'm in love with 'em...

=)


Wednesday, September 7, 2011

hantaran dan pinggan?


Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Still in the mood for raya. kat opis pasang lagu raya,kat bilik psg lagu raya, dalam keta, ade lagi lagu raya... wee~! i like!

raya tahun ni alhamdulillah, semuanya lancar. xpasal2 aku jadi expert bidang masak memasak ni. seronok sgt dapat masak macam2!


balik je opis, kerja menimbun lah jugak. disebabkan post yang baru disandang, xle la nak main2 lagi. kena kerja rajin2 baru berkat gaji


ok. majlis lagi 5 bulan. wooowww!


semalam jalan2 kat arau. ada sebuah kedai ni, Lily Kitchenware. best gila. banyak gila koleksi pinggan mangkuk murah2. . maka terbit idea utk buat hantaran guna plate je.


ordinary, multipurpose plate. . . and murah!


cantik, tp a bit costly




yang ni simple dan paling penting, tissue flower! maybe pinggan tu alas dengan doily paper to soften the look?





Monday, August 15, 2011

DIY and more!




assalamualaikum.

ok this is an entry yang x memerlukan banyak words.

enjoy the DIY!


you need these


do it like this


pretty, isn't it?

i got all these from here

Sunday, August 7, 2011

bunga pahar tissue paper


assalamualaikumwarahmatullah..

take a look

nilah aktiviti aku n my sis sepanjang cuti 5hari sebelum balik ke Perlis aritu.
senang aje men DIY bunga ni, cuma kena gigih untuk tarik layer tu satu persatu, ye lah, materialnya tissue paper, so sangat lembut ok!
tapi lepas buat kali ke 4, 5, dah expert dah=)

tissue paper boleh didapati di IKEA dengan harga RM 11.90. for 50 pcs.
i piece of tissue paper boleh buat 2 kuntum bunga.

kalau ada budget yg lebih, boleh carik kat kedai bunga jugak, tissue paper yang jenis lain.
tapi susah gila kot nk jumpa jenis tu. haritu aku beli kat satu kedai bunga kat Senawang.
harga RM 2.00 sekeping! boleh buat 8bunga dengan sekeping tu.

bahan yang lain-lain tu pi carik kat kedai jual bunga ye=)

untuk tutorial bunga sila klik sini.

duty



assalamualaikumwarahmatullah. .

xde idea nk letak tajuk, so letak je lah tu memandangkan aku sedang duty di hari ahad yang hening ni


skarang dh seminggu aku berada di Perlis
oh sgt jauh dari family dan dia. . .

tapi xpe, demi kedaulatan negara, relaku berjuang walau jauh manapun!
hehe, poyo kan?

skarang ni asal balik seremban je, mesti aku diserbu dgn pertanyaan,
"skarang dh buat ape dah?"

adoi... malasnya nak jawab soalan2 macam ni..
tapi bila difikir2 balik.. memang patut pun makcik2 ku risau
lagi tak sampai 7 bulan je dari tarikh
nampak macam panjang, tapi memandangkan kejauhan aku ni, payah sket nak buat persiapan dari jauh.. huhu...

ok ye, lets look to what i've been doing:

1. bunga pahar ( 30% siap, DIY sendiri je. . hehe)

idea dari sini

2. pakej kahwin - sanggar gemalai creation (ops, ni baru jumpa sekali je aritu, xsempat nak buat pape lagi)
3. pakej catering - mutiara services (baru nak set appointment, nampaknya encik tunang je lah yang pergi ye nanti)
4. pakej fotografi sanding+nikah - E.T Snap Photography (ni termasuk pakej dgn SGC)
4. bunga dulang (10% siap, yang ni pun DIY jugak)
idea dari sini

sebenarnye, macam xbanyak sgt yang nak kena fikir sebab aku n encik tunang amek pakej je. senang untuk yang spesis pemalas macam kami. hehe.

oh, ingat kad pun nak DIY je. mudah, simple, n yang penting JIMAT!
sebabnye, aku rasa kad kahwin ni nanti penting untuk orang nak tengok arah ke rumah pengantin.
xtaula kalau memang ada orang yang berhobikan 'mengumpul kad kahwin' kan?

ok lah, till then!