Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6, 2012

bad day

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Rasa geram sangat lah harini. rasa sangat ditindas. nak luah kat blog boleh? it's mine anyway, so xpelah kan nak membebel di blog sendiri..

Geramnya rasa pada my 2nd boss tu. saya dah planning baik punya, siap husband dah ambil cuti on next week untuk ambik saya and barang-barang semua untuk melapor ke tempat kerja yang baru. last2 minute, saya diarahkan untuk attend one-week course di taiping padahal saya dah bagitau awal2 yang saya ada appointment doctor on 10th and 13th and saya kena settlekan clearance di unit sekarang ni on next week. and i had promise to my new boss kat kl that i will be reporting on 17th. kejam sangat kan? saya ada masa 2 hari ni je to settle everything! dengan audit akaun, dengan investigation report, ape ni? kenapa bertimpa2 kerja yang datang di saat genting macam ni? as if there's no one else working here kan? padahal ada lagi officers yang boleh take charge of that course. tapi dia dikecualikan atas sebab yang saya tau sangat: supaya that personnel boleh ganti dia if ada meeting/kerja/anything, so that dia tak payah nak gerak kemana2. hei plis, you baru 2nd boss tau! bukan boleh dok goyang kaki!

Bila dah geram, mula lah teringat balik to all kekejaman yang dia pernah buat to me. waktu awal2 report sini, jangan cakaplah, ragging tu mesti. ok fine, takpe, sebab saya young officer, i accept that. tapi bila junior2 saya dah mula masuk, xpula mereka kena ragging macamana saya kena? ok, mungkin tu rezeki mereka..

Waktu saya ambil cuti kawin, saya still bekerja to the very last minute. padahal esok tu my nikah day, saya sanggup lagi dari perlis ke mindef untuk settlekan my work. lepas tu, after 4 hari lepas kahwin, which is masa tu saya tengah berhoneymoon di cameron highland, dia call bertalu2 suruh balik perlis sebab nak settlekan akaun! ya Allah geramnya masa ni...! habis je pergi cameron, saya angkut sekali my husband pergi perlis semata2 nak explain tentang akaun kat dia.

masa tu saya anggap takpelah, kerja kan.. nak buat macamana.. tapi bila dalam condition sekarang, junior2 saya bercuti kahwin selama 3minggu, and bila ada kerja sikit, dia boleh kata, 'takkan nak panggil diorang...diorang tengah cuti kahwin tuu..' WTH! cuti lama kottt... xkan xboleh nak sacrifice few days? and diorang memang ada kat tempat berkursus tu pun!

yang paling saya geram, i have told him that i have appointments on 10th and 13th, dia boleh kata, xpela,, hang pergi 11 hb, pastu 13 tu balik sini balik, dah habis appointment, hang pergi lah semula ke taiping! perlis-taiping adalah sangat jauh ok, dengan keadaan saya mengusung perut yang dah 36 minggu ni nak drive!

hish, kalau cakap pasal dia memang xkan selesai rasanya cerita ni! betula la kata suami, saya terlampau "ok, takpe, saya boleh buat.." saya ingatkan, bila saya buat macam tu, one day, dia akan ingatlah yang saya pernah mengorbankan cuti-cuti saya untuk bekerja, tapi tak pun...! rupanya dia ingat lagi senang saya nak kena buli rupanya.. lepas ni xde dah.. saya akan jadi selfish when it comes to work. saya dah taknak berlembut2 lagi dengan orang yang suka ambil kesempatan macam tu.

gerammmmm....!

p/s: tadi waktu saya masuk his office, bagitau saya dah settlekan audit segala, dia tanya saya 'nanti hang takde sape nak buat akaun ye? mana ada sapa aku nak harap..'  ohh sorry, saya senyum je lepastu keluar dari office dia. padan muka! selama ni saya sorang buat kerja tu kan? pandai2lah nak cari sendiri. once saya dah start cuti nanti, saya xkan layan dah call2 dari office ni, especially dia! sebab i belong to my new unit now!

Monday, December 3, 2012

apa yang perlu dan tidak perlu for a new mom

Assalamualaikumwarahmatullah...

Hasil daripada blogwalking yang memang hampir hari2 dilakukan kat blog2 mommies, so kat sini rasanya nak bercerita apa yang perlu dan tak perlu ada dalam checklist for new moms. Ingatan buat diri sendiri supaya dapat membezakan kehendak dan keperluan..

1. Breastpump
   Sekarang ni rasanya kesedaran untuk menyusukan anak dengan breastmilk makin bertambah kan? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, memang nak sangat2 menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sebab khasiatnya..banyak! Mula2 dulu ingatkan nak beli breastpump ni time berpantang sebab nak try kat kedai. tapi, bila fikir2 balik, time berpantang tu mesti my mothers (both ibu tiriku n ibu mertuaku) tak bagi berjalan2 sangat ni. so kenala prepare awal2. Dalam hati ni mestilah medela FS atau PISA tu idamanku selalu, tapii harganya terlampaulah tinggi. maybe akan melabur kat medela swing dulu kot. nanti ada rezeki terlebih, melabur kat BP idaman pulak ye:)

harga di blogshop ni for medela swing= RM 610 - RM 630

2. Stroller
   Perlu ke di awal2 kelahiran ni? rasanya tak kott... sebab xsanggup rasanya bawak baby kecik berjalan2 kat shopping mall. kesian baby..kadang tengok mak2 bapak i selamba je bawak baby, dengan tak pakai sweater, baju pendek jalan2.. kesian tau. sejuk baby tu.. so, maybe stroller akan dibeli once baby dah dibenarkan berjalan2 bersama ummi and abinye.. dulu terbekenan kat scr6 tu. tapi bila tengok real life, rasanya..err,, bulky sangat kot! lagipun, nak cari yang ringan2 and kecik je, dan semestinya tough! sudah jatuh hati dengan stroller Combi.. insyaAllah ni pun ada rezeki abi belikan ye baby!

harga Combi Well Comfort dari blogshop ni= RM 799.50

3. Carseat
   This is essential! Masa nak bawa balik baby dari hospital, takkan nak pangku dia sepanjang perjalanan kan? so rasanya biarlah dia dok selesa dalam baby carseat tu je. I opt for carseat cum baby carrier sebab senang.... kalau dia tidoq just angkat je carrier tu bwk masuk restoran. plus, baby carrier tu boleh act as rocker jugak.. ni pengalaman ibu mertuaku jaga baby safa yang cute tu. memang senang je bawak dia jalan2 bila letak dalam carseat. ok, yang ni dah tak perlu fikir sebab ibu mertuaku dah belikan untuk cucunya:) thank you jiddah! we love the colour.. rasanya baby will love it too..

kak safa dah try dulu..hihi..

4. Nipple cream
   Ohh.. baca pengalaman kawan2 yang menyusukan ramai yang kata menyusukan baby tu sakit! memanglah dah banyak baca and tengok video cara2 untuk baby latch dengan sempurna, tapi setakat teori, belum tentu praktikalnya berjaya kan? so, kena prepare awal2lah.. I opt for medela purelan. it's safe for baby too, so xdelah perlu nak cuci krim tu time baby nak direct feeding..


5. Baby bather
   Ni dah terbeli awal haritu kat onebabyworld sebab my ibu mertua kata mudah la nak mandikan baby nanti, hafriz pun senang.. ok, ni memang memudahkan untuk memandikan baby sebenarnya.. tak payah nak beli basin untuk baby tau..


harga kat blogshop ni=RM 69.90

heh, takat tu je yang terfikir kot.. nanti kalau rajin, kalau ada masa, kalau rajin lagi sekali, bolehlah post lagi pasal baby..

p/s: lagi 2 hari nak masuk 36 weeks. my hospital bag xready2 lagi...