Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 3, 2012

apa yang perlu dan tidak perlu for a new mom

Assalamualaikumwarahmatullah...

Hasil daripada blogwalking yang memang hampir hari2 dilakukan kat blog2 mommies, so kat sini rasanya nak bercerita apa yang perlu dan tak perlu ada dalam checklist for new moms. Ingatan buat diri sendiri supaya dapat membezakan kehendak dan keperluan..

1. Breastpump
   Sekarang ni rasanya kesedaran untuk menyusukan anak dengan breastmilk makin bertambah kan? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, memang nak sangat2 menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sebab khasiatnya..banyak! Mula2 dulu ingatkan nak beli breastpump ni time berpantang sebab nak try kat kedai. tapi, bila fikir2 balik, time berpantang tu mesti my mothers (both ibu tiriku n ibu mertuaku) tak bagi berjalan2 sangat ni. so kenala prepare awal2. Dalam hati ni mestilah medela FS atau PISA tu idamanku selalu, tapii harganya terlampaulah tinggi. maybe akan melabur kat medela swing dulu kot. nanti ada rezeki terlebih, melabur kat BP idaman pulak ye:)

harga di blogshop ni for medela swing= RM 610 - RM 630

2. Stroller
   Perlu ke di awal2 kelahiran ni? rasanya tak kott... sebab xsanggup rasanya bawak baby kecik berjalan2 kat shopping mall. kesian baby..kadang tengok mak2 bapak i selamba je bawak baby, dengan tak pakai sweater, baju pendek jalan2.. kesian tau. sejuk baby tu.. so, maybe stroller akan dibeli once baby dah dibenarkan berjalan2 bersama ummi and abinye.. dulu terbekenan kat scr6 tu. tapi bila tengok real life, rasanya..err,, bulky sangat kot! lagipun, nak cari yang ringan2 and kecik je, dan semestinya tough! sudah jatuh hati dengan stroller Combi.. insyaAllah ni pun ada rezeki abi belikan ye baby!

harga Combi Well Comfort dari blogshop ni= RM 799.50

3. Carseat
   This is essential! Masa nak bawa balik baby dari hospital, takkan nak pangku dia sepanjang perjalanan kan? so rasanya biarlah dia dok selesa dalam baby carseat tu je. I opt for carseat cum baby carrier sebab senang.... kalau dia tidoq just angkat je carrier tu bwk masuk restoran. plus, baby carrier tu boleh act as rocker jugak.. ni pengalaman ibu mertuaku jaga baby safa yang cute tu. memang senang je bawak dia jalan2 bila letak dalam carseat. ok, yang ni dah tak perlu fikir sebab ibu mertuaku dah belikan untuk cucunya:) thank you jiddah! we love the colour.. rasanya baby will love it too..

kak safa dah try dulu..hihi..

4. Nipple cream
   Ohh.. baca pengalaman kawan2 yang menyusukan ramai yang kata menyusukan baby tu sakit! memanglah dah banyak baca and tengok video cara2 untuk baby latch dengan sempurna, tapi setakat teori, belum tentu praktikalnya berjaya kan? so, kena prepare awal2lah.. I opt for medela purelan. it's safe for baby too, so xdelah perlu nak cuci krim tu time baby nak direct feeding..


5. Baby bather
   Ni dah terbeli awal haritu kat onebabyworld sebab my ibu mertua kata mudah la nak mandikan baby nanti, hafriz pun senang.. ok, ni memang memudahkan untuk memandikan baby sebenarnya.. tak payah nak beli basin untuk baby tau..


harga kat blogshop ni=RM 69.90

heh, takat tu je yang terfikir kot.. nanti kalau rajin, kalau ada masa, kalau rajin lagi sekali, bolehlah post lagi pasal baby..

p/s: lagi 2 hari nak masuk 36 weeks. my hospital bag xready2 lagi...

No comments: