Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cuticuti. Show all posts
Showing posts with label cuticuti. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Farm in the City!

Assalamualaikum wbt and good evening!

Pening fikir last weekend nak kemana sebab dah berweekend xkeluar kemana. Hafriz kerja, anak xsihatla.. so last weekend since a long weekend for me and hafriz pun off day jatuh on both days, marilah kita berjalan..hihi..

Plan macam2, nak g Colmar Tropicale lah, nak g Cameron lah, nak stay hotel just to play in the swimming pool lah.. oh tidak2, di zaman gawat harus jauhkan aktiviti lagha begitu. nak g swimming pool better gi Mess ATM je kan?

Search internet, yg menarik adalah ke Taman Tasik Perdana dan Farm in the City kat Seri Kembangan (located behind Giant Seri Kembangan)... so we went to both places, on saturday and sunday respectively. It was fun, bringing the kids closer to the nature.. (instead to boring shopping malls yang hanya menggembirakan mata myself kan)

We paid rm 30 for adult, each, and free for the kids (yay!). Lama juga berjalan. almost 3 hours. itupun xmasuk yang part savannah sebab Harith takmau masuk. dia kata busuk! oh boy.... (harith sangatla sensitif terhadap bau, even kalau tengah menggoreng ikan pun dia suruh tutup gas,  xmau bau ikan goreng.. -______-")

Sangat seronok. boleh pegang haiwan2 yang ada kat situ. Ayam2 berkeliaran and gemuk2... Hannan, always being the brave one kejar and pegang ayam yg lalu dekat dia.. celup2 tangan dekat itik and fish pond.. Lucky that we brought the stroller, kalau x jenuh juga nak mendukung both boys. diorang penat kot sbb there were some parts yang nak kena berdukung je..

Overall, memang seronok jalan2 dalam tu. and worth every penny! dalam kereta seronok cerita dekat harith and recall balik haiwan apa yang jumpa dalam tu...




















this bird remind me much of El Macho from Despicable Me..haha

suruh bergambar dengan adik, dia pi tarik rambut adik pulak -_______-

Balik dari situ, kami singgah ke Publika untuk makan2.. saja nak bagi 2H penat awal so we can have early call for that night, we decided to try that cafes from facebook.. 




Marmalade Cafe at Publika.. our verdict? sedaaappp... main course sedap, kids meal sedap, cake sedap... dan paling penting, boleh makan dengan aman sebab they did have small playground outside the cafe and a play area for the kids, siap ada tv buka cerita cartoon. (tapi taklah aman sangat kan, risau juga to let them kids play alone dengan budak2 lain..)

Balik rumah. tak penat juga 2H ni. sambung main lagii..... ok fine....... sel2 otak sedang berhubung kan.......

gambar on saturday kat Quill City Mall... beli baju kat H&M dan dapat angpau.. (baucer) yay!

Ok, that's all for last weekend... bye bye!


Thursday, December 3, 2015

Review: the everly putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Last week, pening plan nak jalan kemana bawa 2H.. yelah, 2 minggu nak tinggalkan anak2 dengan nekmi di kampung kan, so marilah having fun quality time with them. Keluar dari rumah lewat juga. Ingat nak terus check in tapi awal lagi kan. So marilah kita ke rabbit fun land si puncak kaki bukit broga. Bawa anak2 mendekati alam.. hehe... 
It was fun. Bukan 2H je, abi dan umminya pun seronok juga. Kwjar rabbit, bagi makan kambing.. donkey, kuda, lembu, monkey, kuda.. kelakar bila ada seekor baby kambing datang kat harith. Cium2 tangan dia. Sikit pun dia tak takut.. siap dia usap2 kepala anak kambing tu.. hannan mula2 takut juga. Tapi xmenangis. Ok je dia hulur makanan dekat rabbit n kambing..


Dah petang, kami pun bergerak ke putrajaya.. asalnya plan nak bawa anak ke PD, tapi cuti sekolah kan. Planning pun buat last minit, check most hotel semua dah penuh.. so marilah kita bercuti dekat je..

Dah 3 kali sebenarnya kami stay kat sini.. kalini pergi memang walk in je. Sampai je kaunter, dluxe room dah penuh, so ambil je lah executive room. Kami suka sini sebabnya, sebelah je dgn alamanda. So jalan kaki je nak pegi mkn or beli kudap2an.. lagi satu, breakfast selection dia best dan banyak! Salah satu kriteria yg penting dlm memilih hotel..hihi..

Suka everly sebab dia friendly user. Iron board, iron, safe deposit box, hairdryer, bathrobe, sejadah semua da dlm bilik.. surau dia pun bersih dan telekung semua bersih dan wangi.  Bilik sangat bersih, toilet pun ada hose..

Waktu kami pergi last week dia tengah renovate area swimming pool. Nasib baik swimming pool boleh guna, sebab janji dengan harith nak pergi pool, dia pun dah sebut sepanjang jalan kan..

Seronok. Kami berempat je.. dah lama tak rasa bercuti dengan privacy macam ni.. harapnya lepas ni, ada banyak siri lagi holiday kami berempat. Eh, may depan inshaa Allah dah berlima..hihi...







Thursday, June 11, 2015

Review: Fraser Place Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak post. hihi! Kalini nak review our very short in-town vacation last month. Gambar tak banyak, so semua gambar Mr Google lah ye..

Hotel ni actually apartment-style, terletak dekat dengan KLCC, lebih kurang 10 minutes distance kalau berjalan kaki. Kami bermalam 1 malam je. Saja2 nak berjalan sebab bulan lepas stress betul dengan kerja, thesis, chores, etc.. sejak ada 2 anak ni, cuti pun dekat2 je.. belum plan lagi nak berjalan jauh2, sebab penatla nak jalan jauh2, balik tu nak membasuh, mengemas lagi kan?

Kami ambil 1+1 bedroom premier. ada 2 bedroom, 1 ada extra king sized bed dan lagi satu bilik tu extra single bed. Bilik air dan toilet separated, (ada paip, jangan risau..) tapi kongsi la. for both rooms. ada complimentary breakfast for 3. kalau nak tambah orang, rm 35 per pax untuk buffet breakfast. Dan yang buat kami pilih hotel ni sebenarnya, dapur dia sangat lengkap ok! coffee maker, toaster, microwave, kettle, rice cooker, electric stove, peralatan dapur, cutlery, tapis sayur pun ado.... pendek kata, nak masak takde hal lah.

Dalam bilik pulak, ada bathrobes, payung, iron, hairdryer, sejadah pun ada..ada banyak lagi, xingat dah..

Swimming pool, sauna room, jacuzzi, bilik main ps4, xbox, gym, self-service laundry sume ado kat Level 18. Bilik sauna, jacuzzi room, dan steam room separated for male and female ye. jangan risau....Sangat best=)

Ok marilah tengok gambar ye..







Credit: Google

Ni gambar yang sempat ambil..




hehe..sangat sikit kan? 

overall, kami sangat berpuas hati. breakfast pun sedap juga, cuma local menu tak banyak la. customer service pun friendly.. Ada rezeki kami datang lagi.. 

Fraser Place KL, kami bagi 5 bintang!