Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Thursday, December 3, 2015

Review: the everly putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Last week, pening plan nak jalan kemana bawa 2H.. yelah, 2 minggu nak tinggalkan anak2 dengan nekmi di kampung kan, so marilah having fun quality time with them. Keluar dari rumah lewat juga. Ingat nak terus check in tapi awal lagi kan. So marilah kita ke rabbit fun land si puncak kaki bukit broga. Bawa anak2 mendekati alam.. hehe... 
It was fun. Bukan 2H je, abi dan umminya pun seronok juga. Kwjar rabbit, bagi makan kambing.. donkey, kuda, lembu, monkey, kuda.. kelakar bila ada seekor baby kambing datang kat harith. Cium2 tangan dia. Sikit pun dia tak takut.. siap dia usap2 kepala anak kambing tu.. hannan mula2 takut juga. Tapi xmenangis. Ok je dia hulur makanan dekat rabbit n kambing..


Dah petang, kami pun bergerak ke putrajaya.. asalnya plan nak bawa anak ke PD, tapi cuti sekolah kan. Planning pun buat last minit, check most hotel semua dah penuh.. so marilah kita bercuti dekat je..

Dah 3 kali sebenarnya kami stay kat sini.. kalini pergi memang walk in je. Sampai je kaunter, dluxe room dah penuh, so ambil je lah executive room. Kami suka sini sebabnya, sebelah je dgn alamanda. So jalan kaki je nak pegi mkn or beli kudap2an.. lagi satu, breakfast selection dia best dan banyak! Salah satu kriteria yg penting dlm memilih hotel..hihi..

Suka everly sebab dia friendly user. Iron board, iron, safe deposit box, hairdryer, bathrobe, sejadah semua da dlm bilik.. surau dia pun bersih dan telekung semua bersih dan wangi.  Bilik sangat bersih, toilet pun ada hose..

Waktu kami pergi last week dia tengah renovate area swimming pool. Nasib baik swimming pool boleh guna, sebab janji dengan harith nak pergi pool, dia pun dah sebut sepanjang jalan kan..

Seronok. Kami berempat je.. dah lama tak rasa bercuti dengan privacy macam ni.. harapnya lepas ni, ada banyak siri lagi holiday kami berempat. Eh, may depan inshaa Allah dah berlima..hihi...







No comments: