Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Tuesday, August 9, 2016

ibu kurindu, ayah kusayang

my love at first sight... ayah...

Assalamualaikum wbt and good morning! today, 9 August 2016 remarks ayah 59th birthday... happy birthday ayahku..semoga Allah sentiasa memberkatimu... ayah saya ni ceria orangnya, dari kami kecik sampaila beranak pinak ni, ayah bukan orang yg garang (walaupun dia pesara komando). Ceria je selalu, jarangla nak nampak ayah marah2. kalau dia marah pun dia diam. haa kalau dia diam, kami pun risau, sebab biasanya ayah ni happy go lucky je... family ayah besar, adik beradik ada 16 orang. atok dan nenek kami meninggal masa ayah umur 3 tahun lagi.. kesian ayah xsempat nk rakam dalam memori wajah mak ayah dia pun... but lucky him adik beradik ayah yg lain kebanyakan dah besar. so mana yg dah besar, they took turn to look after adik2 yang masih kecil. that's the beautiful of their relationship. masing2 takes the responsibilities bila mak ayah masing2 dah takde. tu yang ayah kejap di seremban, rumah maklang. sekejap di rawang, rumah arwah pakcik zainal... tapi lama di rawang la kan, sebab tu kami dah anggap rumah rawang tu kampung halaman kami. atok dan nenek pun memang asal disitu..

walaupun adik beradik ayah jauh, but they are very close to each other. xdengar kisah gaduh adik beradik ni. great love bounds them together..dan they are soft spoken.. termasukla ayah saya ni... waktu zaman dok asrama, stiap minggu ada postage, ayah kirim roti dari seremban. sebab ayah tau saya sangat suka mkn roti, sometimes the day the postage arrives, roti pun ada yg dah berkulat. but i dont mind. buang kulat2 tu, dan makan the rest. xkan sia2kan apa yg ayah dah beli dan bagi... dekat atma pulak, bila ayah tau saya demam lama, dia datang dengan arwah mak naik motor hantarkan air penawar.. sebak sangat masa tu sbb ayah n mak sanggup dtg semata2 nak hantar ubat untuk anaknya ni.... sampai sekarang pun, kami dah berkeluarga ni, ayah akan keluar awal pagi belikan roti canai for us bila balik paroi... ayah xperlu pun buat semua ni sebenarnya.. kalau nak balik to my stepmother house kat pilah pun dia akan make sure everything goes right kat rumah paroi dulu, baru dia gerak. ayah kata, sekarang ayah ada 2 rumah, 2 keluarga, semua ayah kena jaga hati.. sambil senyum2, kemas2 tu dia ckp mcm tu... relax je, tenang... haih ayah...ayah.......

waktu arwah mak start sakit, ayah jaga bagai menatang minyak yg penuh... time tu saya nampak ayah sangat sayangkan arwah mak. segala apa yg dia dengar boleh menyembuhkan, dia akan bawa mak. pagi sebelum pergi kerja dia akan mandikan mak, suapkan mak breakfast. tengahari dia balik, bawa ubat dari sinseh pula. suapkan makan mangga... hurm....teringat lg, beberapa hari lepas mak pergi mengadap Ilahi, saya sneak out dalam bilik ayah. tak sneak out pun sebenarnya, just masuk sebab nak cium baju mak yang masih tergantung. nampak diary ayah. baca segala catatan ayah masa dari mula arwah mak sakit... sedihnya masa baca, menitik2 air mata... hati seorang suami, xnampak dan xterluah di luaran.. tp sayangnya pada si isteri ni hanya Allah yang tahu...

Ayah... semoga Allah panjangkan usiamu untuk terus beribadah kepadaNya... semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepadanya untuk kami sentiasa melihat ayah senyum, ketawa... dialah ayah, dialah ibuku.... ampunilah dia, segala kesalahannya, semoga Allah terus merahmatinya.... amiiinnnn....


Wednesday, August 3, 2016

Our 3rd baby Hateem

Assalamualaiku wbt.. fuh bersawang habis. seronok sangat cuti 3 bulan, akhirnya it comes to an end jugak... so bila bekerja barulah ada masa nak pegang laptop kan? rugi je pasang wifi kt rumah tp bukannya boleh nak guna laptop sangat.. ada je pengacauu...

so sekarang family sudah bertambah besar, we are 5! ya Allah, cepatnya semua yang terjadi... rasa macam baru je lahirkan Hannan, tau2 dah keluar Hateem pula.. rezeki kan, ditolak2, bila ianya tetap datang, itu semua rezeki yang Allah telah rancangkan.. Dialah sebaik2 perancang.

Hateem lahir on 39 weeks of pregnancy. record paling awal setakat ni lah. Harith on due date, Hannan 2 days before due. and Hateem, a week before due. Induce! sakiiittt... teringat2 lagi sakitnya.

Hateem punya buku pink paling tebal sebab checkup done at 3 places. KK setiawangsa, HKL then HAT Mizan.. fuuh... hampir tiap2 minggu ada checkup sbb dah masuk je 28 weeks, Dr detect baby kecik, dalam 2 minggu smaller than normal size baby. takpelah, pergi je lah kan every checkup. risau juga nak memandai2 tak pergi. memang sangat penat menunggu, dari pagi kadang sampai pukul 3 ptg baru habis turn... lama sgt tunggu dan penat. nasibla keluar ok je, a bit small, but not too small la. 2.79kg.

Waktu checkup 39 weeks tu, dr kata dah takboleh tunggu sebab air ketuban dah sikit. so kena induce.. dr suruh admit lepas tu jugak, tapi of course la i pergi kawtim kat pendaftaran kannn... sebabnya Hafriz xbalik kerja lagi, dan Harith and Hannan masih kat rumah babysitter.. barang2 memang semua ready dah dalam kereta, kecuali charger dan bakul makanan je lah.. so drivelah kereta balik ke rumah, waiting for hafriz to come back. lepas tu dah siap2 solat asar sume kitorang pun bergerak k Zawara coffee pasal teringat2 sandwich dia tu. ntah apa yang mengidam sangat, padahal biasa je pun..haha... dah inform babysitter siap2 minta tinggal Hannan dan Harith mlm tu. kebetulan my MIL pun nak gerk juga petang tu ke kl utk jaga 2H..alhamdulillah, my MIL is so darling to jaga both son that night.. love you ibu! annnnnddd lepas tu baru admit ward...lepas maghrib jugalah.. sebab borak panjang dengan husband, bgtau takut nervous semua ada sebab nk kena induce kan...

start at 10 pm, dr masukkan ubat induce. ok, the 1st hour tak rasa pape lagi.. relax2.... masuk je pukul 11pm, haa... every 3 minutes ada contraction. strong contraction tau! ya Allah sakitnya hanya Dia yang tahu.. time tu buat solat taubat minta ampun kat Allah atas segala dosa yang pernah dibuat selama ni.....

3 minutes cotraction memang constant. xde delay2.. sepanjang malam tu, tengok je jam. 2 kali juga minta nurse check if dah buka jalan.. tapi belum! huhu.... 2 delivery sebelum ni Allah bg rezeki senang je bersalin. sekali yg no 3 ni lain sikit. sampai subuh menahan contraction. Hafriz pun tunggu je dekat surau hospital. tak balik rumah pun. dia keluar la kejap ke mamak tengah mlm tu sebab lapar.. nak order pun xlarat makan dah. mampu makan kurma je dgn air milo buat alas perut. lepas solat subuh, dr check jalan lg sekali. Alhamdulillah time ni dah 5 cm, bole tolak terus ke labour room...

pukul 7.15 am masuk labour room, tak sampai 10 cm lagi. dah bgtau nurse memang rasa nak meneran sbb dah tak tahan sangat... Hafriz sentiasa kat sebelah bg kata2 semangat. at 8 cm, nurse kata, teranlah.. teran betul2... huh, apa lagi kan, terus terkeluar baby boy yang cute tu... sekali je, xde delay at bahu, nurse kata baby roket ni! hahaha..... alhamdulillah...... lega sangat hilang segala rasa sakit yg sebelum tu...

so tepat at 8 am, 5 may 16 on israk mikraj, lahirlah seorang lg khalifah di bumi Allah ni... Hateem nama diberi, cukup ringkas dan padat bermakna penentu. membesarlah kamu anakku, menjadi seorang yang adil membahagi tugasmu di dunia dan untuk di akhirat sana, seorang yang soleh, semoga seluruh perjalanan hidupmu diberkati Allah.... sentiasa beriman dan bertaqwa kepadaNya... semoga kamu, anakku yang membantu kami, ummi dan abimu menuju ke syurga.... Ummi dan abi sayaang sangat Harith, Hannan dan Hateem... muah!


Tuesday, February 2, 2016

Farm in the City!

Assalamualaikum wbt and good evening!

Pening fikir last weekend nak kemana sebab dah berweekend xkeluar kemana. Hafriz kerja, anak xsihatla.. so last weekend since a long weekend for me and hafriz pun off day jatuh on both days, marilah kita berjalan..hihi..

Plan macam2, nak g Colmar Tropicale lah, nak g Cameron lah, nak stay hotel just to play in the swimming pool lah.. oh tidak2, di zaman gawat harus jauhkan aktiviti lagha begitu. nak g swimming pool better gi Mess ATM je kan?

Search internet, yg menarik adalah ke Taman Tasik Perdana dan Farm in the City kat Seri Kembangan (located behind Giant Seri Kembangan)... so we went to both places, on saturday and sunday respectively. It was fun, bringing the kids closer to the nature.. (instead to boring shopping malls yang hanya menggembirakan mata myself kan)

We paid rm 30 for adult, each, and free for the kids (yay!). Lama juga berjalan. almost 3 hours. itupun xmasuk yang part savannah sebab Harith takmau masuk. dia kata busuk! oh boy.... (harith sangatla sensitif terhadap bau, even kalau tengah menggoreng ikan pun dia suruh tutup gas,  xmau bau ikan goreng.. -______-")

Sangat seronok. boleh pegang haiwan2 yang ada kat situ. Ayam2 berkeliaran and gemuk2... Hannan, always being the brave one kejar and pegang ayam yg lalu dekat dia.. celup2 tangan dekat itik and fish pond.. Lucky that we brought the stroller, kalau x jenuh juga nak mendukung both boys. diorang penat kot sbb there were some parts yang nak kena berdukung je..

Overall, memang seronok jalan2 dalam tu. and worth every penny! dalam kereta seronok cerita dekat harith and recall balik haiwan apa yang jumpa dalam tu...




















this bird remind me much of El Macho from Despicable Me..haha

suruh bergambar dengan adik, dia pi tarik rambut adik pulak -_______-

Balik dari situ, kami singgah ke Publika untuk makan2.. saja nak bagi 2H penat awal so we can have early call for that night, we decided to try that cafes from facebook.. 




Marmalade Cafe at Publika.. our verdict? sedaaappp... main course sedap, kids meal sedap, cake sedap... dan paling penting, boleh makan dengan aman sebab they did have small playground outside the cafe and a play area for the kids, siap ada tv buka cerita cartoon. (tapi taklah aman sangat kan, risau juga to let them kids play alone dengan budak2 lain..)

Balik rumah. tak penat juga 2H ni. sambung main lagii..... ok fine....... sel2 otak sedang berhubung kan.......

gambar on saturday kat Quill City Mall... beli baju kat H&M dan dapat angpau.. (baucer) yay!

Ok, that's all for last weekend... bye bye!


Wednesday, January 6, 2016

of 2015 and hello 2016!

Assalamualaikum and hii.. today marks the sixth day of 2016. still, no progress for my thesis. remain. untouched. nak grad ke taknak ni?? here are some recaps of my journey in 2015. tak lah journey mana pun, cerita anak-anak je yg lebih.

being a mother of two boys, it's quite challenging. Alhamdulillah, I did survived with minor scratch here and there. Harith still manja-cheeky boy. still geli dengan pasir, rumput.. adoi.. makan pun mau bersuap so he didn't get his hands dirty. Started the 'why' question everytime.. susah juga mau menjawab.. dia dah boleh questioned anything, kalau janji dengan dia confirm dia ingat... dah pandai bercerita his activity for the day, remember huruf hijaiyah and boleh ikut kita baca surah al fatihah... abc to z, one to eleven (why eleven?? haha). doa makan and doa tidur dah hafal. (haih, tu je ke doa yang awak ajar, ummi?) sebenarnya ummi dia ni taklah rajin sangat mengajar, rajin cari video je kat youtube utk dia tengok sambil belajar. tak lah bertujuan nak push dia belajar pun, tapi if he did learn while enjoying the videos, alhamdulillah....

Hannan pula suka berdikari. makan tak mau bersuap. semua nak sendiri. which then leads me to mop the whole house...huh! Hannan ni fast learner juga. especially apa yg abang dia buat. cepat je ikut. Panjat sana sini tapi,, nak turun nangis.. haha hannan2... Sekarang dah pandai main berdua. Seronok juga intai diorang kalau main dalam bilik. Main blok sama2 last bergaduh sebab Hannan suka jatuhkan blok yang abang dia susun... Hannan suka tarik rambut abang, suka buli abang. Abang Harith redha dan pasrah je. Tak pun nangis. tu lah penyudahnya... Hannan can eat almost everything. Time Harith dulu banyak sangat pantang larang itu ini tak boleh. last2 jadi sgt fussy utk makan. sekarang yang dia makan nasi kosong sahaja atau ikan goreng sahaja. or the combination of both. Takpelah asalkan makan ye.. Dengan Hannan ni xdelah peraturan sangat. apa yang kami mkn or masak, dia makan. buah2 pun dia suka...

Erm, tu perihal anak2.. bulan 5 ni inshaa allah kami akan berlima. hope everything go smooth and well.. permudahkanlah urusan kami membesarkan 3 anak2 yang kecil ni.. I never plan for this third baby, rezeki Allah nak bagi awal, kami terima. so umur 30 dah anak 3, lepas ni mungkin stop for a while. Atau stop terus? bergantung pada rezeki yang Allah tetapkan pada kami sekeluarga... Semoga kami terus istiqamah mendidik dan membesarkan anak-anak amanah Allah kepada kami.. Semoga kami sekeluarga terus diberkatiNya...

Harapan 2016? Nak pantang betul-betul. Nak habiskan master's project ni dengan jayanya. Nak rumah yang lebih organised dan cozy. Nak main dengan anak puas-puas. Nak bina hubungan yang lebih baik dengan keluarga, saudara mara dan sahabat. dan yang lebih penting hubungan yang lebih baik dengan Allah S.W.T. inshaa Allah...