Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Thursday, June 11, 2015

Review: Fraser Place Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak post. hihi! Kalini nak review our very short in-town vacation last month. Gambar tak banyak, so semua gambar Mr Google lah ye..

Hotel ni actually apartment-style, terletak dekat dengan KLCC, lebih kurang 10 minutes distance kalau berjalan kaki. Kami bermalam 1 malam je. Saja2 nak berjalan sebab bulan lepas stress betul dengan kerja, thesis, chores, etc.. sejak ada 2 anak ni, cuti pun dekat2 je.. belum plan lagi nak berjalan jauh2, sebab penatla nak jalan jauh2, balik tu nak membasuh, mengemas lagi kan?

Kami ambil 1+1 bedroom premier. ada 2 bedroom, 1 ada extra king sized bed dan lagi satu bilik tu extra single bed. Bilik air dan toilet separated, (ada paip, jangan risau..) tapi kongsi la. for both rooms. ada complimentary breakfast for 3. kalau nak tambah orang, rm 35 per pax untuk buffet breakfast. Dan yang buat kami pilih hotel ni sebenarnya, dapur dia sangat lengkap ok! coffee maker, toaster, microwave, kettle, rice cooker, electric stove, peralatan dapur, cutlery, tapis sayur pun ado.... pendek kata, nak masak takde hal lah.

Dalam bilik pulak, ada bathrobes, payung, iron, hairdryer, sejadah pun ada..ada banyak lagi, xingat dah..

Swimming pool, sauna room, jacuzzi, bilik main ps4, xbox, gym, self-service laundry sume ado kat Level 18. Bilik sauna, jacuzzi room, dan steam room separated for male and female ye. jangan risau....Sangat best=)

Ok marilah tengok gambar ye..







Credit: Google

Ni gambar yang sempat ambil..




hehe..sangat sikit kan? 

overall, kami sangat berpuas hati. breakfast pun sedap juga, cuma local menu tak banyak la. customer service pun friendly.. Ada rezeki kami datang lagi.. 

Fraser Place KL, kami bagi 5 bintang!