Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label mom-to-be. Show all posts
Showing posts with label mom-to-be. Show all posts

Monday, December 3, 2012

apa yang perlu dan tidak perlu for a new mom

Assalamualaikumwarahmatullah...

Hasil daripada blogwalking yang memang hampir hari2 dilakukan kat blog2 mommies, so kat sini rasanya nak bercerita apa yang perlu dan tak perlu ada dalam checklist for new moms. Ingatan buat diri sendiri supaya dapat membezakan kehendak dan keperluan..

1. Breastpump
   Sekarang ni rasanya kesedaran untuk menyusukan anak dengan breastmilk makin bertambah kan? InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, memang nak sangat2 menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu sebab khasiatnya..banyak! Mula2 dulu ingatkan nak beli breastpump ni time berpantang sebab nak try kat kedai. tapi, bila fikir2 balik, time berpantang tu mesti my mothers (both ibu tiriku n ibu mertuaku) tak bagi berjalan2 sangat ni. so kenala prepare awal2. Dalam hati ni mestilah medela FS atau PISA tu idamanku selalu, tapii harganya terlampaulah tinggi. maybe akan melabur kat medela swing dulu kot. nanti ada rezeki terlebih, melabur kat BP idaman pulak ye:)

harga di blogshop ni for medela swing= RM 610 - RM 630

2. Stroller
   Perlu ke di awal2 kelahiran ni? rasanya tak kott... sebab xsanggup rasanya bawak baby kecik berjalan2 kat shopping mall. kesian baby..kadang tengok mak2 bapak i selamba je bawak baby, dengan tak pakai sweater, baju pendek jalan2.. kesian tau. sejuk baby tu.. so, maybe stroller akan dibeli once baby dah dibenarkan berjalan2 bersama ummi and abinye.. dulu terbekenan kat scr6 tu. tapi bila tengok real life, rasanya..err,, bulky sangat kot! lagipun, nak cari yang ringan2 and kecik je, dan semestinya tough! sudah jatuh hati dengan stroller Combi.. insyaAllah ni pun ada rezeki abi belikan ye baby!

harga Combi Well Comfort dari blogshop ni= RM 799.50

3. Carseat
   This is essential! Masa nak bawa balik baby dari hospital, takkan nak pangku dia sepanjang perjalanan kan? so rasanya biarlah dia dok selesa dalam baby carseat tu je. I opt for carseat cum baby carrier sebab senang.... kalau dia tidoq just angkat je carrier tu bwk masuk restoran. plus, baby carrier tu boleh act as rocker jugak.. ni pengalaman ibu mertuaku jaga baby safa yang cute tu. memang senang je bawak dia jalan2 bila letak dalam carseat. ok, yang ni dah tak perlu fikir sebab ibu mertuaku dah belikan untuk cucunya:) thank you jiddah! we love the colour.. rasanya baby will love it too..

kak safa dah try dulu..hihi..

4. Nipple cream
   Ohh.. baca pengalaman kawan2 yang menyusukan ramai yang kata menyusukan baby tu sakit! memanglah dah banyak baca and tengok video cara2 untuk baby latch dengan sempurna, tapi setakat teori, belum tentu praktikalnya berjaya kan? so, kena prepare awal2lah.. I opt for medela purelan. it's safe for baby too, so xdelah perlu nak cuci krim tu time baby nak direct feeding..


5. Baby bather
   Ni dah terbeli awal haritu kat onebabyworld sebab my ibu mertua kata mudah la nak mandikan baby nanti, hafriz pun senang.. ok, ni memang memudahkan untuk memandikan baby sebenarnya.. tak payah nak beli basin untuk baby tau..


harga kat blogshop ni=RM 69.90

heh, takat tu je yang terfikir kot.. nanti kalau rajin, kalau ada masa, kalau rajin lagi sekali, bolehlah post lagi pasal baby..

p/s: lagi 2 hari nak masuk 36 weeks. my hospital bag xready2 lagi...

Monday, November 26, 2012

at 34th weeks of pregnancy

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Mood sekarang tengah happy sangat2, baby pun happy lately, sebab dia punya pergerakan tu. . .sangatlah aktif! sampai kadang2 sakit jugaklah menahan dia punya kicks. xpe2 baby, awak siaplah nanti, dah kuar nanti, ummi bedung2kan awak! hihi!

Alhamdulillah, happy sebab sekarang tengah busy nak berpindah bekerja ke tempat baru. bukan tak sayang unit kat perlis ni, tapi, apakan daya, niat untuk duduk tinggal sebumbung dengan encik suami lebih menebal. Cukuplah 9 bulan terpisah (eh, 9 bulan je punnn). .ye lah, nanti baby dah kuar, kesian pulak abi dia xdapat main2 dengan dia kan, kalau duduk jauh?

3 tahun duduk kat perlis, memang best. . .suasana tenang je rasa. pagi2 pergi kerja, kiri kanan lalu tepi sawah. .kalau time dah hujung2 tahun ni lagi best, sejuk je. . .siap nampak kabus lagi. traffic jam? memang xdelah kan. jalan sampai 3 lane, tapi kereta yang occupy jalan, adelah 5% je kot at one time. kerja? ok, xbusy sangat. tapi kalau nak attend mesyuarat yang jenuh tu. sebab HQ sume jauh2, kt sg petani lah, kt taiping lah, kat kl lah. Shopping? memang tak banyak tempat nak pergi, so jimat jugaklah. sebab yang paling best pun ada C-mart je. Arau tu kira dah macam Bangsar la kat sini. .best jugak tau! sebab kat situ sume kedai ada. .

Tapi apakan daya, tak sanggup rasanya nak berpisah lama2 dengan encik suami. lagi pulak baby xlama je lagi nak keluar. .so better duduk bersama, so kasih sayang pun dia dapat dari dua2nya. bukan kata kalau dok jauh xdapat kasih sayang, tapi it's better kan. . .lagipun, sampai bila kan? kesian encik suami xdapat merasa masakan isteri hari2. (ok, lepas ni kena jadi super rajin, kena masak hari2, azam nih!)

2 minggu je lagi di sini. banyak barang dah pack. tinggal yang penting2 yang nak guna je yang xpack lagi. beg baby ofcos la kan. . dah lama ready dalam kereta. beg umminye je xpack2 lagi. sebab? malas! padahal bukan susah punnn. . . .

Barang baby alhamdulillah, rasanya dah 98% dah siap kot! mana lagi 2% ye? stroller and breastpump je belum lagi kot. sebab stroller masih belum nak dipakai kot at early month nanti. breastpump pulak nak try sendiri kat kedai. ye lah, setakat baca review orang kat blog, mana sama kan? masing2 punya badan, masing2 punya performance lah. so, yang ni akan dibeli time pantang nanti, insyaAllah. . .

hospital pilihan untuk bersalin? rasanya ke Hosp Tunku Mizan kot. mula2 dulu nak ke Annur Bangi, tapi sebab kekangan waktu, xmenyempat2 nak check up di sana, so Hosp Mizan idaman hati. lagipun, as army personnel, manfaatkan je lah kemudahan yang disediakan kan? dengar from skot2 yang dah bersalin ke sana, semua bagi good review, hospitalities pun macam swasta nye hosp.

Huhh. . .banyak betul cerita in one entry. oklah, till then! kalau rajin saya menaip lagi:)

Friday, July 13, 2012

Milestone for baby and me=)


Assalamualaikumwarahmatullah..

Harini terlebih rajin nak buat milestone kat paint.net.. ni panduan saya untuk prepare and beli and survey barang2 baby. kalau financially freedom, xde masalah kot untuk beli barang2 ni bila2 pun, tapi for me..yang memang mementingkan budget bulanan dibuat, supaya xtersasar jauh, kena ada milestone macam ni. so kita boleh prepare for the worst kan?

here is mine. sebelum ni tulis atas paper je.. ingat nak tepek je kat sini, tapi since kualiti gambar xok, so conteng2 kat atas paint.net lagi nampak.

here is my milestone..hehe

Ok tu je..tata!

Thursday, July 5, 2012

Surveyed Avent Feeding Set

Assalamualaikumwarahmtullah. . .

Hasil survey dari beberapa websites seperti saudagar uk, kedai ibu, barang bayi murah, dan kcdream, amazon, dan ebay,
maka disini dapatlah julat harga barangan2 feeding jenama Avent seperti berikut:


1. Avent ISIS Duo Electronic BPA Free (RM 1036 - 1600)



3. Avent Single Electric Breastpump (RM 337 - RM 650)




2. Philips Avent 3 in 1 Steriliser (RM 174 - RM 329)




3. Philips Avent Digital Food and Bottle Warmer (RM 194 - RM 249)




4. Philips Avent Electric Food and Bottle Warmer (RM 149 - RM 157)



harga2 kat sini adalah antara yang termurah jugak, sebab saya survey pun sites yang menawarkan harga yang murah je.. kalau ikutkan, paling murah ialah beli sendiri di UK, contohnya beli dari amazon.com, tapi postage fees dia mahal ye kalau nak hantar direct to MY. Lainla kalau ada adik or sedara mara dari sana, so upahla diorang sket tolong bawakkan ke Malaysia=)

kenapa semua barang Avent ye? sebab. .breastpump Avent ni, opening bottle dia tu xfit dengan most jenama lain. Besar sket. So kenala beli jenama Avent utk warmer, steriliser dia kan?

happy surveying!

Wednesday, June 27, 2012

Nightmare turns beautiful scene-MasyaAllah!

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

2 minggu lepas, I was experienced light bleeding dalam 2-3 hari mcm tu.. asal bangun tido je ade, and yang paling risau bila dia start kuar fresh blood..dari pembacaan kalau impantation bleeding tu mcm light pink spotting mcm tu je. and fresh blood means there's something threatening your pregnancy.

Cuak sangat! tapi cuak2 pun, boleh plak saya degil xmau pergi klinik utk check ape2. relax...je. konon2 nak tunggu if bleeding tu teruk baru nak pergi jumpa doktor. Sampaila awal minggu ni saya mimpi yang paling teruk. Saya mimpi saya keguguran. Siap nampak bentuk my little baby amongst the blood yang kuar. .

Maka tanpa berlengah2 lagi, esoknya minta excuse from my senior utk balik awal sbb kalau nak jumpa Dr Tinny kena pergi before 5pm. lepas tu dia akan rehat n malam tukar dr lelaki pulak yang bertugas. No No.. xboleh dr lelaki. . Sampai je 10minit before 5pm. Ingatkan datang nak buat buku terus kat klinik. tapi bila Dr Tinny tanya, saya plan nak bersalin kat mana, and saya kata AnNur di Bangi, terus dia tak bagi. dia kata 'jauhnya. . kalau awak bersalin pada bulan ketujuh macamana? kalau ada complication macam mana? This is your first child, kami taktau pattern kesihatan awak macamana..'

ok, pasrah. .terpaksa buat jugak di KKIA. malas sebnanya sbb kena tunggu dan tunggu dan tunggu. . haih. .

Dah tu dr pun scan. .moment yang paling mendebarkan sangat2 pasal takut ada pape terjadi to my baby. .tapi bila tengok je kat skrin, dr tunjuk baby's heartbeat, 'tengok ni, aktif heartbeats dia..' ' this is baby's leg, this one's baby's hand, look, that's the position. '

rasa macam kata2 dr tu xberapa kedengaran je. . asyik sangat tengok skrin tu, tengok heartbeats di yang aktif tapi sangat kecik. .sangat comel, kaki dia, tangan dia. . .oooh, MasyaAllah, beautiful! tak henti2 senyum tengok imej scan yang dr bagi.

patutla selama ni org excited tengok imej tu. seblum ni saya sendiri pelik, nampak apa kat situ? xpandai nak interpret sebab yang saya nampak hanya blurry white n black. . tapi, bila tengok sendiri punya. .tak henti2 senyum. . . seronoknya hati ni. . .

kesian husband, dia jeles sorang2 bila saya cerita moment 'meeting' saya dengan baby tadi. .hihi. . .

Monday, June 4, 2012

mother's milk is the best!

Assalamualaikumwarahmatullah..

Terlalu awal rasanya untuk post pasal breastfeeding things ni tapi, pendidikan awal tu kan penting, betul tak?

Selama ni, aku tengok ibu2 akan menyusukan anak sampai 3 bulan(kot) and then akan beralih ke susu formula. So dulu aku pun dah start2 calculate berapa banyak yg aku kena spend utk beli stok susu formula dalam sebulan. banyak tu.. kalau setin dah RM 60+, bayangkan sebulan berapa? setahun? tiga tahun? banyak okeh....

Tapi kan lately, dh banyak kempen kesedaran tentang pentingnya susu ibu untuk tumbesaran baby.. khasiatnya jangan katalah, memang the best! and yang lagi best.. Allah bagi anugerah susu tu percuma je.. tak payah bayar2.. cer kira sekarang berapa banyak kita bleh berjimat kan? =)

So atas kesedaran tu, saya telah berazam utk mem breastfeed bakal baby yang akan lahir nanti.. insyaAllah dengan keizinan-Nya.. semua ni terinspire waktu saya pergi menumpang kasih kat rumah one of my friend time kat ATMA (UPNM) dulu.. Kapt Mas TUDM.. banyaknye stok susu kat rumah dia! pergi rumah dia, macam pergi gallery penyusuan tau. dengan buku2 parenting, buku2 breastfeeding, panduan itu dan ini.. semuanya berkaitan anaknya.. time tu lah saya rasa, if she can do it, why i cant? kat rumah dia sekarang ada 3 peti ais. 1 peti biasa, 1 deep freezer which is exclusively for the milk storage and satu lagi small fridge, ni standby in case dia kena pergi kursus kat mana2, dia akan angkut sekali. oh my! besarnya pengorbanan.. dah la suaminya jauh di Kuantan, so segala keperluan anak dia, dia buat sendiri. kagum=)

ok back to the topic, sejak mengandung ni, saya rasa ni keperluan paling utama yang saya perlu sediakan. firstly, education berkenaan kepentingan susu ibu. then education to prepare myself: mentally and physically. then, part yang paling best: window shopping! hehe... saya dah pun mensurvey banyak page (ok, window shopping online je..) untuk membeli breast pump and its accessories ni, termasuklah deep freezer, steriliser etc.

Memula survey, saya sangat berminat dengan produk Philips Avent ni.. nampak meyakinkan, and design breastpump dia nampak comfy sangat. dah tengok youtube segala terus jatuh hati..saya pilih Avent ISIS IQ Duo :



tapi kan, bila saya memblogwalking di sana sini, kebanyakannya memilih Medela.. hurm.. rupanya breast pump jenis Avent ni sizing muncung botol tu xsama dengan botol2 yang lain, so maknanya u have to buy bottles from Avent, which is expensive according to my pocket.. walaupun kaler biru to mmg me likey so much! Kalau pump jenis Medela, boleh fit most bottle, jenama tommee tippee ke, jenama little bean ke, Autumnz ke, eh macam2 la.. so maknanya.. bye2 Avent! Medela is my first choice now=) apepun, tepuk poket, tanya selera!



oklah. till then. tata!

Thursday, May 31, 2012

aku terima nikahnya...


Assalamualaikumwarahmatullah..

Sudah 3 bulan menjadi isteri kepada suamiku, hafriz..
Alhamdulillah
segalanya berjalan lancar.. majlis yg cukup sederhana tapi meriahnye! sampaikan nasi xcukup kena buat tambahan lagi 10kg beras. Alhamdulillah.. terima kasih atas pertolongan dan sokongan makcik2, saudara mara, sahabat handai semua.. we love you all lah! muah2!

Kehidupan sebagai seorang isteri..... hurm.... xmerasa sepenuhnya lagi sebab kami masih terpisah, aku nun jauh di Utara Perlis.. dan si suami di central region, Nilai.. xmerasa lagi kehidupan berdua sahaja. kalau balik pun, masih menumpang kasih di rumah ayah ataupun rumah mertua.. masih menumpang makan masakan ibu atau umi ku.. aku tolong potong2 bawang je.. hehe..

Memang xsabar nak tunggu posting order keluar sebenarnya..bukan xapply, tapi masa xmengizinkan lagi untuk kami hidup bersama, berdua.. ehh, sekarang dah bertiga.. Alhamdulillah... 'nikmat yang mana yang harus kudustakan'.. Baru 3 minggu lepas aku dah disahkan pregnant oleh dr Tinny.. Alhamdulillah syukur... awal rezeki yang Allah anugerahkan kepada kami.. syukur2...

So from now on.. dah xde dh pasal keperluan kahwin atau yg sewaktu dengannya, keperluan bakal si kecil ni yang akan memenuhi ruangan blog comel yang sepi ni..hihi..

till then!
tata=)