Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 12, 2012

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Assalamualaikumwarahmatullah

lamanya xmembelog kat sini.. entahlah, selalu hilang mood bila nak start type something dalam ni. last2, blogwalking je ke blog2 yang sarat info. ttg babies, pumps, parenthood, parenting skills,kadang2 tersinggah blog resepi2, kadang saja2 suka baca cerita orang lain..

rindunya rasa hati ni pada suami, rumah, ibu, ayah, adik2, semuanya lah! bila rasa rindu, call. kalau rindu sgt2, video call, kalau rindu sangat2 lagi, hurm, menangis kot. ish2 apelah hati ni lemah sangat. suka sangat nak rasa sayu. ye lah, balik kerja, rutin yang sama. kosong. balik bilik, kemas2, basuh baju, xmasak, sebab rasa xberbaloi je nak masak untuk diri sendiri je.

bila dapat balik rumah, petang jumaat lepas kerja baru dapat gerak. ada duit lebih sikit, naik flight, oklah sejam je. tapi, kalau dah hujung bulan? naik bas. alamatnya memang 10 jam dalam bas je, bangun, tido, bangun, tido. pagi sabtu baru sampai. nak drive? oh NO. penat sangat drive sorang2 perlis-nilai. xekonomik. sempatla jumpa suami kejap. tapi kalau suami kerja malam, or petang, dapatlah baki masa sikit2 luangkan masa dengan dia yang tersayang. ahad pagi? mood mula berubah. sebab dah start packing.
eh, nak pack ape? unpack pun xsempat. hurm...

suami selalu pesan, jangan mengeluh, xbaik.. lagi selalu dia pesan, bukan kuantiti yang penting, tapi kualiti masa yang kita guna tu. yang paling xtahan bila dia kata, 'sayang strong kan? abang tau, sayang n baby strong, mesti boleh'. ok ni part yang xboleh tahan, wajib airmata jauh bila dia cakap macam ni..

tapi tu lah, memang time dia pujuk, hati ni rasa terpujuk. tapi, lepas tu, mesti hati yang jahat ni tetap nak protes. kenapalah kena macam ni?? kan bagus kalau kami terpisah antara sempadan negeri je, bukan terpisah bernegeri-negeri??? arghh.. jahatnya hati ni..

hurm.. setiap hari, setiap waktu, xputus2 doa, dekatkanlah kami.. sesungguhNya dia dah tetapkan sesuatu untuk kami. Dia dah merancang jauh lebih baik daripada apa yang kami minta. bersabarlah hati..

abang, harap-harap bila baby dah keluar nanti, kita xdok jauh lagi camni ye? huhu..