Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 16, 2011

2 bulan stengah to go

assalamualaikumwarahmatullah

erm, bila tengok 2 bulan tu macam jauh.
tapi bila dimatematikkan 2 bulan tersebut, maka yang tinggal hanyalah stengah bulan kot.
let's see the equation.

total duration is 2 bulan stengah.
manual preparation is 1 bulan.
manual presentation is maybe half a month after that.
tolak berangan, tido, tengok tv, makan, tido lagi, berangan lagi.
ok tinggal stengah bulan.
magik betul lah matematik ni..

bila tengok, tenung, tengok lagi sekali muka encik hafriz tu,
rasa macam xpercaya that we have gone this far.
macam2 dugaan (eceh, mcm lah banyak sgt dugaan tu) yang dah ditempuhi bersama.
ni baru tunang.
dengar2 kalau lepas kahwin laaagi macam2.
encik hafriz, janji dengan saya tau, kita tempuh semua ni sama2 tau.
saya sayang awak. awak sayang saya x? (hahaha, gedik betul cakap macam ni)

ok dah2. cukup2lah perasaan gedik singgah sementara. mari balik ke dunia nyata..
nak update on things that i hve done so far.

1. boss ayah telah menghadiahkan sebanyak 500 bags comel sangat siap ada bunga bagai. means, kegusaran untuk beli 250 boxes for VIP telah settle. n i have double! saaayang boss ayah!

2. kami berdua telah selesai menduduki ujian HIV (eh,menduduki?) dan telah lulus dengan cemerlangnya=)

3. asalnya taknak buat thank you tags sebab rasa membazir, tapi setelah melawat website aunty martha stewart, tergatal pulak tangan nak try2 n try print2. eh, pastu terprint bnyak pulak.. hehe, alhamdulillah, hampir selesai pun atas bantuan my little sis n kengkawan. excited betul diorang sampaikan sanggup datang rumah mlm2 untuk tolong gunting2kan.. tenkiu sayanggssss... nanti time korang kawin i design yang cantik2 utk korg ye!




4. baju2 nikah telah dihantar tempah. encik hafriz punya baju melayu n tuxedo dah siap. (haha..macamanalah rupa encik hafriz yang slalu pakai simple tu tetiba pakai tuxedo kan?)

5. kad kahwin dah siap design. cuma,,, malasnya nak buat peta tu.. huhu... ibu mertuaku dah mula tanya pasal kad dah ni. dia nak edar time kenduri anak2 buah dia january ni.. sempat ke siap ni...

erm, yang tu je kot.

babai=)

Tuesday, December 6, 2011

pelik

encik tunang pelik kenapa ayahnya yang sangat susah dan jarang untuk berbual dengan kawan2 encik tunang, tapi boleh borak2 dengan saya.





ok, saya bakal menantu kesayangan..hahahah!

Thursday, December 1, 2011

love, is that enough?

Assalamualaikum warahmatullah

Kadang-kadang rasa terlampau bersalah sebab terasa tak cukup pantauan and kasih sayang yang aku curah untuk adik2.

Kadang-kadang terasa terlampau bersalah sebab tak menjalankan tanggungjawab yang sempurna untuk guarding my sisters n brother.

Kadang-kadang terasa terlampau bersalah...

Sebagai seorang kaklong, sepatutnya aku take charge untuk jaga family. yes, ayah aku ada n he did his job very well. His unconditionally love memang xde siapa yang boleh argue. no, I wont allow that.

tapi.. there's still thing yang kami malu nak cerita kat ayah. sebab aku sendiri kadang rasa ada barrier between aku n ayah. yes, losing mother was very hard for us, sebab she used to be our BFF, she knows everything!

Bila adik aku dah mula masuk zaman remaja, there are lotsa conflicts yang melanda. i know, i have been a teenager myself. lucky me, arwah mak sentiasa ada untuk guide aku through it all. tapi for my babysister? aku takut.. takut dia membesar dewasa dengan wrong thoughts. Adik aku tu kalau tengok luaran, always the coolest one, kadang2 tengok dia macam takde masalah langsung. tapi, hey, tipulaa.. zaman remaja la zaman yang paling bermasalah sebenarnye.

i hope.. aku x fail mendidik adik2ku.

Ya Allah, semoga adik2ku membesar menjadi seorang yang berjaya dunia akhiratnya..

Sunday, November 13, 2011

fast update

assalamualaikum warahmatullah

fast update.

1. nikah attire: dah hantar tempah
2. sanding attire: done
3. MUA: adlynn (seremban jaya)
4. pelamin: adlynn juga
5. bunga pahar: 70% done
6. doorgift muffin: cik nuri(rawang)
7. doorgift kids: BELUM BUAT LAGI
8. kad kahwin: next month
9. HIV n talassemia test: next month
10.caterer: mutiara services(booked)
11.khemah: KN Berkat (paroi)
12.pengapit: OK, dah ada...
13.hantaran: settled. tinggal yg sikit2 je
14. ape lagi ek??

Wednesday, October 26, 2011

Macam x percaya

Assalamualaikumwarahmatullah. . Currently at Taiping, got some auditing for the TKR account. huh, drove all my way from Perlis to Taiping was so tiring! And satu lagi, setiap kali drive alone kemana2 sahaja lah pun, hati mesti sebak. . . hati mesti teringat arwah mak yang sangat kurindui. Xsempat dia merasa naik kereta pertamaku. Xsempat dia tengok aku pergi kerja. I miss u so. . . When i woke up in the morning, mesti selalu je rasa tak percaya yang dia dah takde Bila pergi bilik dia, tengok rak baju dia yang masih elok tersusun, macam xpercaya yang rak tu dah lama xbersentuh. dah lebih setahun. Bukak almari tengok baju favourite dia masih tergantung. Tengok bawah katil ayah, ada selipar yang dia suka sangat pakai. Ayah simpan sume tu untuk hilangkan kerinduan dia terhadap arwah. Tengok kat dinding ada gambar ayah n arwah masa kat kenduri kazen. aku tau ayah rindu. tiap2 petang, bila dia ada masa, ayah akan ke kubur arwah mak untuk berihkan dan doakan untuk arwah. Kesian ayah kehilangan cinta hatinya yang berkongsi susah payah, senang bersama selama 26 tahun usia perkahwinan mereka. Bila aku rindu, aku akan ambil baju yang dia excited beli untuk my grad day. baju kurung pahang biru, siap dengan tudung, sumenye baru time tu. Berbeza dengan my commissioning day, dia pakai biasa2 je. Jalan pun berpimpin. . Xdapat rasanya membayangkan dia memanjat tangga RMC yang sangat tinggi semata2 untuk ke hall tengok aku dapat watikah dari Sultan Kedah. . .ayah kata beberapa kali jugak dia berhenti penat memanjat tangga tu. tapi ayah pimpin dia sampai atas. First time aku tengok dia begitu lemah. aku sambut dia dengan rasa yang terkejut. aku bawak dia ke tempat makan n carikan dia tempat duduk sambil ayah ambil makanan untuk kami. aku rindu saat tu. saat dia peluk aku ucapkan tahniah. mak, along rindu mak sangat. . . :'( Tak sampai seminggu lepas tu, keadaan dia semakin merosot. Makin hari ada je perubahan pada dia. Sekejap dia xboleh tidur, sekejap tu dia tidur sangat lama. . sekejap tu dia boleh bercakap, tapi antara ingat atau tak. bila aku panggil 'Mak. ." dia akan jawab. . tapi xlama kemudian dia dah xbercakap. . Dia senyap je..expresi muka dia je yang dia tunjuk untuk tunjuk dia rasa sakit bila bergerak. . pernah sekali dia bangun 3pagi n mandi sendiri. ayah terbangun sedar mak tade kat tilam, rupanya dah ada dalam bilik sambil siap pakai baju sendiri. . Pernah sekali waktu selesai aku solat Maghrib aku tengok dia xde kat tilam dia. aku cari dia merata rumah.. .aku panggil, n dengar halus je suara dia jawab. . rupanya dia dok atas kerusi roda dia di luar rumah. . merenung sesuatu yang xpasti.. . aku tanye dia buat apa. . .dia senyum je. . . Mak, along rindu senyuman mak. . . Teringat kali terakhir dia masih boleh bercakap. . waktu tu makcik aku pangku dia. .makcik ty, dia ada nak kata apa2 untuk ayah n anak2 dia. . sambil nangis dia pesan, "mk nak ayah, along, angah n adik2 sembahyang sunat berjemaah". Sungguh time tu, aku xsangka dia maksudkan solat sunat berjemaah tu adalah solat jenazah untuk dia. Yang ada dalam fikiran aku time tu, dia kan sihat. dia akan kembali kuat seperti sediakala. . Kami teramat sayangkan dia. .tapi aku tau, Allah itu lebih maha Pengasih dan Penyayang. . .Dia lebih sayangkan arwah. .sebab tu dia jemput arwah kembali kepadaNya lebih awal dari apa yang kami jangkakan. . . Masa arwah dah pergi, aku masih dalam perjalanan dari Ipoh ke Seremban. Xsempat aku tengok dia saat2 terakhir dia masih boleh bernafas. Waktu dia pergi mata dia dah tertutup erat. . nafas dia sesak. .Hbis je nenek saudara aku bisikkan " Kalau nak pergi, jalan lurus2. . .jangan ikut jalan bengkok. . " terus dia pergi. . . Aku sampai je kat rumah, ayah terus peluk aku. Aku tengok adik beradik mak semua ada kat luar n dalam rumah. ayah suruh aku tabah sebelum masuk tengok mak. . . ku berdebar tengok sekujur tubuh dah tertutup dengan kain batik n bahagia muka tertutup dengan selendang putih. . makcik selak kain tutup muka, aku tengok muka arwah mak lain sangat...lembut sangat, n muka dia tersenyum! ya Allah. . .damainya muka dia time tu. . . aku xmenangis langsung. aku redha sangat waktu tu sebab aku xsanggup tengok muka dia kesakitan lagi. aku tau Allah telah menjemputnya dengan keadaan yang paling baik sebab semua tu tergambar pada muka dia. Makcik2 n yah aku pun kata macam tu. dia pergi senang sangat. . . Aku tau aku xboleh nampak sedih depan ayah n adik2. . .kalau aku sedih, diorang lagi sedih. . .Segala kesedihan aku hanya tunang aku yang tau. . dia je tempat untuk aku mengadu, sebab aku xnak nampak lemah depan adik2. . . Dalam sibuk aku buat persiapan kahwin, aku terngat lgi arwah sangat semangat bila ada nak2 buah dia yang nak ahwin. . dia yang akan bz buat tu ini untuk make sure perjlanan majis lancar. . kalau dia ada sekarang, aku tau mesti dia sibuk untuk majlis anak pertama dia. . . Mak. . .along rindu mak. . . xsanggup lagi rasanya nak teruskan menaip disini. . . Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman. . . Al Fatihah~

Friday, October 21, 2011

Lapik Dulang Hantaran

assalamualaikumwarahmatullah oh.. harini sungguh takde mood mahu membuat kerja disebabkan setelah berjlan2 di kedai dan xjumpa lapik yang berkenan di hati, maka saya telah membuat bloghopping! and i found these beautiful pieces=)
saya telahpun membeli lapik dulang dari Superwani oh so beautiful! thanx dear!

nikah outfit

assalamualaikumwarahmatullah

finally, terpaksa juga membeli laptop baru. xlarat la nak berulang tiap2 malam ke arau untuk setelkan kerja2 ofis yg tertangguh

ok done with that. back to the topic.
aritu ingat nak amek pakej je baju nikah n sanding kan
ingat pi kedai kain nak beli kain untuk ayah n adik2 je,
sekali...........




terbeli pulak satu set chiffon n satin untuk bride n groom. haha..padan muka..
tapi xpela, memang cantik pun(perasan!)

skarang, mana nak cari tailor kat perlis ni yang betul2 boleh dipercayai untuk membuat baju ni?

Wednesday, October 5, 2011

home?

assalamualaikumwarahmatullah..

see how much have i posted today? hehe..
harini adalah hari malas sedunia.

xpe2, esok perlu turun site untuk buat tinjauan. maka harini perlu rehat!

ok2, mari balik ke topik perbincangan seperti di tajuk.

home.

mana nak dok lepas kahwin ye? peningnye saya n my other half memikirkannya. ok, kalau dok jauh ni xpelah, saya di perlis, n dia masih di rumah parents di kuarters KLIA.

tapi, what if saya dapat bertukar ke KL?
alhamdulillah kalau dapat=)

saya akan bekerja di batu kentonmen, dia di KLIA.
sudah terbeli rumah di Desajaya Villa, Senawang.
makanya, macam xekonomi kalau duduk kat situ.

so, setelah berbincang dengan jayanya, kami bersetuju duduk di Putrajaya. kuarters kerajaan lah kan.. fair untuk dia dan saya sebab located di tengah2 antara tempat kami bekerja.




eh, discuss macam confirm je dapat posting kan?
berangan lah kau, ruzana...

oh, lovely!

assalamualaikumwarahmatullah

entry yang xmemerlukan kata-kata.

ooohhh.......lovely!









baju bertandang

assalamualaikumwarahmatullah..

since my side punya baju dah disetelkan kerana ada dlm pakej Sanggar Gemalai, so yang pening untuk saya memikirkan sekarang adalah baju on his side.

majlis bertandang nanti akan dibuat kat dewan, tapi kami tak bersanding pun, just macam kenduri makan2. itu pun atas permintaan my MIL and FIL to be..

maka, haruskah disewa ataupun ditempah baju tersebut?

kalau sewa, maybe murah. tapi xla murah sgt kan?

kalau tempah, nanti boleh jugak nak pakai balik time raya pertama as husband and wife..hee=)

haritu dah tengok di Jakel, tapi, harganya.... xlarat den tengok!

survey di Jalan TAR, banyak yang cantik dan murah2.. chiffon beaded pun cantik2 tau..

TAPI,

bila masa pulak sempat nak survey and tempahnye?
skarang pun kerja tengah melambak2 ni. kat sini pun bukan ada kedai jual kain lace ni. oh Perlis.. mana nak shoping kain ni??...

love the simplicity

yang ni cantik, tapi maybe labuh baju n lengan perlu dipanjangkan sikit,

and this will be the color! oooh i'm in love!

inai

assalamualaikumwarahmatullah..
Gambar sekadar hiasan. (sorry kepada pemilik gambar)

baru je ingat nak cari tukang ukir inai terhadal di Malaysia..hehe

kebetulan semalam borak2 dengan kawan yang baru je berkahwin(and sedang pregnant 3 bulan pun), dia pesan, inai lukisan tu hukumnya haram!

pastu pagi ni kebetulan terbaca post di FB sape ntah pasal hal ni.

so let me quote the article here ye,

"Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman.."

So.. marilah kembali ke cara kita ye, sperti ni: simpler and cantik lagi sebenarnya=)

kan cantik dan kemas tu...

Monday, September 26, 2011

rindu

mr fiance n me (love you always, dear..)

hantaran


assalamualaikumwarahmatullah

ni contoh hantaran yang akan dibuat. cuma ni edisi atas karpet je, pinggannye blum dicari lagi..heheh..

senang je.

bunga tu pakai tissue paper n the pink one pakai EVA mat. cara buat? blasah saja..hehe

n alas pinggan, haruslah doilies kan? =P




corsages


assalamualaikumwarahmatullah..

since ahad yang lepas xde buat pape kat bilik, so telah datang satu idea untuk ....menDIY lagi!

kalini, korsaj untuk my family.
using doilies! and ribbons lah kan..

ni gambar yang dah siap. cuma blum tampal pearl beads kat ribbons je..

gambar phone jek


...oh i'm in love with 'em...

=)


Thursday, September 8, 2011

kad


assalamualaikumwarahmatullah. . .

hurm. a kad kahwin is important for:

  1. tarikh majlis
  2. tempat majlis berlangsung
  3. direction to the bride's house
so, my pick: simplicity. beauty is a bonus!



in love with this one . source

DIY saja, mungkin?

Wednesday, September 7, 2011

hantaran dan pinggan?


Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Still in the mood for raya. kat opis pasang lagu raya,kat bilik psg lagu raya, dalam keta, ade lagi lagu raya... wee~! i like!

raya tahun ni alhamdulillah, semuanya lancar. xpasal2 aku jadi expert bidang masak memasak ni. seronok sgt dapat masak macam2!


balik je opis, kerja menimbun lah jugak. disebabkan post yang baru disandang, xle la nak main2 lagi. kena kerja rajin2 baru berkat gaji


ok. majlis lagi 5 bulan. wooowww!


semalam jalan2 kat arau. ada sebuah kedai ni, Lily Kitchenware. best gila. banyak gila koleksi pinggan mangkuk murah2. . maka terbit idea utk buat hantaran guna plate je.


ordinary, multipurpose plate. . . and murah!


cantik, tp a bit costly




yang ni simple dan paling penting, tissue flower! maybe pinggan tu alas dengan doily paper to soften the look?





Friday, August 19, 2011

fryday

assalamualaikumwarahmatullah

sungguh tak produktif arini

malam tadi sampai rumah pukul 11.30 pm. after a not-so-short manual briefing at MINDEF, kl.

pagi tadi mesyuarat tentang projects, workers, and paling penting, CUTI RAYA. and yet, sape yang duty on 1st and 2nd day of raya masih belum dikenalpasti=( (akukah??)

petang, call caterer. booked! (thanx encik tunang...love you!)

sekarang? mahu pulang. mahu pi automatic car wash dekat ngan rumah. cuci kereta kecilku sayang!

malam? parveen dtg..! so weekend ni ada orang boleh teman..hehe=)




Monday, August 15, 2011

hantaran?

tengok pada wedding ticker, baru aku sedar lagi 6bulan je lg.. OMG!

rupanya dh 6bulan berlalu tanpa sedar.

checklist hantaran:

1. to him:
a. sirih junjung
b. baju melayu
c. jam
d. perfume
e. sejadah n alquran
f. kek
g. coklat
h. kasut
i. buah

2. to me:
a. sirih junjung
b. baju kurung
c. perfume
d. kasut+clutch
e. kek
f. coklat
g. cincin+mas kahwin


p/s: erm, perlu ke both pihak bagi sirih junjung ye?

my pallette


assalamualaikumwarahmatullah

this is my side's pallette.


tp xtaulah kot hari sebnar nanti jadi cacamarba kan..
hopefully not.

.
.
.
.
.
his side's?
alamak, xfikir lagi,duh!

DIY and more!




assalamualaikum.

ok this is an entry yang x memerlukan banyak words.

enjoy the DIY!


you need these


do it like this


pretty, isn't it?

i got all these from here

Sunday, August 7, 2011

bunga pahar tissue paper


assalamualaikumwarahmatullah..

take a look

nilah aktiviti aku n my sis sepanjang cuti 5hari sebelum balik ke Perlis aritu.
senang aje men DIY bunga ni, cuma kena gigih untuk tarik layer tu satu persatu, ye lah, materialnya tissue paper, so sangat lembut ok!
tapi lepas buat kali ke 4, 5, dah expert dah=)

tissue paper boleh didapati di IKEA dengan harga RM 11.90. for 50 pcs.
i piece of tissue paper boleh buat 2 kuntum bunga.

kalau ada budget yg lebih, boleh carik kat kedai bunga jugak, tissue paper yang jenis lain.
tapi susah gila kot nk jumpa jenis tu. haritu aku beli kat satu kedai bunga kat Senawang.
harga RM 2.00 sekeping! boleh buat 8bunga dengan sekeping tu.

bahan yang lain-lain tu pi carik kat kedai jual bunga ye=)

untuk tutorial bunga sila klik sini.

duty



assalamualaikumwarahmatullah. .

xde idea nk letak tajuk, so letak je lah tu memandangkan aku sedang duty di hari ahad yang hening ni


skarang dh seminggu aku berada di Perlis
oh sgt jauh dari family dan dia. . .

tapi xpe, demi kedaulatan negara, relaku berjuang walau jauh manapun!
hehe, poyo kan?

skarang ni asal balik seremban je, mesti aku diserbu dgn pertanyaan,
"skarang dh buat ape dah?"

adoi... malasnya nak jawab soalan2 macam ni..
tapi bila difikir2 balik.. memang patut pun makcik2 ku risau
lagi tak sampai 7 bulan je dari tarikh
nampak macam panjang, tapi memandangkan kejauhan aku ni, payah sket nak buat persiapan dari jauh.. huhu...

ok ye, lets look to what i've been doing:

1. bunga pahar ( 30% siap, DIY sendiri je. . hehe)

idea dari sini

2. pakej kahwin - sanggar gemalai creation (ops, ni baru jumpa sekali je aritu, xsempat nak buat pape lagi)
3. pakej catering - mutiara services (baru nak set appointment, nampaknya encik tunang je lah yang pergi ye nanti)
4. pakej fotografi sanding+nikah - E.T Snap Photography (ni termasuk pakej dgn SGC)
4. bunga dulang (10% siap, yang ni pun DIY jugak)
idea dari sini

sebenarnye, macam xbanyak sgt yang nak kena fikir sebab aku n encik tunang amek pakej je. senang untuk yang spesis pemalas macam kami. hehe.

oh, ingat kad pun nak DIY je. mudah, simple, n yang penting JIMAT!
sebabnye, aku rasa kad kahwin ni nanti penting untuk orang nak tengok arah ke rumah pengantin.
xtaula kalau memang ada orang yang berhobikan 'mengumpul kad kahwin' kan?

ok lah, till then!

Sunday, June 26, 2011

bride to be, maybe?



assalamualaikum all.. (eh, ada lagi ke yg baca ek?)

rasanya dh lebih setahun tak isik apa2 dlm blog ni

banyak sangat perubahan yang berlaku, tapi... macam xlarat je nak cerita semua

even diary pun dah lamaaaa tak buat

sedih, gembira, rindu semuanya ada..

.
.
.
.
.
.
.

papepun, pasni nak aktif balik lah!

n mostly this'll be feed with wedding stories!

saya mau kawenn.... dengan anak raja..lalala~ haha

lagi 8 bulan je.

xlama lagi tinggal 7.

pastu 6.

pastu... eh kira sendiri lah...

ok gtg. kursus belum habis okeh. belum boleh nak up story kawen2 lagi.

tata!~


i want this, exactly like this one, on my day. boleh? =)