Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 26, 2011

Macam x percaya

Assalamualaikumwarahmatullah. . Currently at Taiping, got some auditing for the TKR account. huh, drove all my way from Perlis to Taiping was so tiring! And satu lagi, setiap kali drive alone kemana2 sahaja lah pun, hati mesti sebak. . . hati mesti teringat arwah mak yang sangat kurindui. Xsempat dia merasa naik kereta pertamaku. Xsempat dia tengok aku pergi kerja. I miss u so. . . When i woke up in the morning, mesti selalu je rasa tak percaya yang dia dah takde Bila pergi bilik dia, tengok rak baju dia yang masih elok tersusun, macam xpercaya yang rak tu dah lama xbersentuh. dah lebih setahun. Bukak almari tengok baju favourite dia masih tergantung. Tengok bawah katil ayah, ada selipar yang dia suka sangat pakai. Ayah simpan sume tu untuk hilangkan kerinduan dia terhadap arwah. Tengok kat dinding ada gambar ayah n arwah masa kat kenduri kazen. aku tau ayah rindu. tiap2 petang, bila dia ada masa, ayah akan ke kubur arwah mak untuk berihkan dan doakan untuk arwah. Kesian ayah kehilangan cinta hatinya yang berkongsi susah payah, senang bersama selama 26 tahun usia perkahwinan mereka. Bila aku rindu, aku akan ambil baju yang dia excited beli untuk my grad day. baju kurung pahang biru, siap dengan tudung, sumenye baru time tu. Berbeza dengan my commissioning day, dia pakai biasa2 je. Jalan pun berpimpin. . Xdapat rasanya membayangkan dia memanjat tangga RMC yang sangat tinggi semata2 untuk ke hall tengok aku dapat watikah dari Sultan Kedah. . .ayah kata beberapa kali jugak dia berhenti penat memanjat tangga tu. tapi ayah pimpin dia sampai atas. First time aku tengok dia begitu lemah. aku sambut dia dengan rasa yang terkejut. aku bawak dia ke tempat makan n carikan dia tempat duduk sambil ayah ambil makanan untuk kami. aku rindu saat tu. saat dia peluk aku ucapkan tahniah. mak, along rindu mak sangat. . . :'( Tak sampai seminggu lepas tu, keadaan dia semakin merosot. Makin hari ada je perubahan pada dia. Sekejap dia xboleh tidur, sekejap tu dia tidur sangat lama. . sekejap tu dia boleh bercakap, tapi antara ingat atau tak. bila aku panggil 'Mak. ." dia akan jawab. . tapi xlama kemudian dia dah xbercakap. . Dia senyap je..expresi muka dia je yang dia tunjuk untuk tunjuk dia rasa sakit bila bergerak. . pernah sekali dia bangun 3pagi n mandi sendiri. ayah terbangun sedar mak tade kat tilam, rupanya dah ada dalam bilik sambil siap pakai baju sendiri. . Pernah sekali waktu selesai aku solat Maghrib aku tengok dia xde kat tilam dia. aku cari dia merata rumah.. .aku panggil, n dengar halus je suara dia jawab. . rupanya dia dok atas kerusi roda dia di luar rumah. . merenung sesuatu yang xpasti.. . aku tanye dia buat apa. . .dia senyum je. . . Mak, along rindu senyuman mak. . . Teringat kali terakhir dia masih boleh bercakap. . waktu tu makcik aku pangku dia. .makcik ty, dia ada nak kata apa2 untuk ayah n anak2 dia. . sambil nangis dia pesan, "mk nak ayah, along, angah n adik2 sembahyang sunat berjemaah". Sungguh time tu, aku xsangka dia maksudkan solat sunat berjemaah tu adalah solat jenazah untuk dia. Yang ada dalam fikiran aku time tu, dia kan sihat. dia akan kembali kuat seperti sediakala. . Kami teramat sayangkan dia. .tapi aku tau, Allah itu lebih maha Pengasih dan Penyayang. . .Dia lebih sayangkan arwah. .sebab tu dia jemput arwah kembali kepadaNya lebih awal dari apa yang kami jangkakan. . . Masa arwah dah pergi, aku masih dalam perjalanan dari Ipoh ke Seremban. Xsempat aku tengok dia saat2 terakhir dia masih boleh bernafas. Waktu dia pergi mata dia dah tertutup erat. . nafas dia sesak. .Hbis je nenek saudara aku bisikkan " Kalau nak pergi, jalan lurus2. . .jangan ikut jalan bengkok. . " terus dia pergi. . . Aku sampai je kat rumah, ayah terus peluk aku. Aku tengok adik beradik mak semua ada kat luar n dalam rumah. ayah suruh aku tabah sebelum masuk tengok mak. . . ku berdebar tengok sekujur tubuh dah tertutup dengan kain batik n bahagia muka tertutup dengan selendang putih. . makcik selak kain tutup muka, aku tengok muka arwah mak lain sangat...lembut sangat, n muka dia tersenyum! ya Allah. . .damainya muka dia time tu. . . aku xmenangis langsung. aku redha sangat waktu tu sebab aku xsanggup tengok muka dia kesakitan lagi. aku tau Allah telah menjemputnya dengan keadaan yang paling baik sebab semua tu tergambar pada muka dia. Makcik2 n yah aku pun kata macam tu. dia pergi senang sangat. . . Aku tau aku xboleh nampak sedih depan ayah n adik2. . .kalau aku sedih, diorang lagi sedih. . .Segala kesedihan aku hanya tunang aku yang tau. . dia je tempat untuk aku mengadu, sebab aku xnak nampak lemah depan adik2. . . Dalam sibuk aku buat persiapan kahwin, aku terngat lgi arwah sangat semangat bila ada nak2 buah dia yang nak ahwin. . dia yang akan bz buat tu ini untuk make sure perjlanan majis lancar. . kalau dia ada sekarang, aku tau mesti dia sibuk untuk majlis anak pertama dia. . . Mak. . .along rindu mak. . . xsanggup lagi rasanya nak teruskan menaip disini. . . Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman. . . Al Fatihah~

2 comments:

-aishah- said...

aku yg baca ni pn sebak rasa, apetah lg org yg memikul.. sabar eh ru-z, tuhan takkan uji hamba Dia dgn sesuatu yg kite x mmpu nk hadapi. I know you're a very strong person..always have, always will..
Even kita dh lama x jumpa, bear in mind that I'm always here, as your friend. syg ko!

ruzana ahmad said...

thank you aishah=) tu lah, kadang mcamana kuat pun kita ni.. jauh kat hati kecik tu rasa sunyi sgt2..

lama xjumpa kan? dah keje ni mcm payah pulak. ko kat penang lagi ke yang?