Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Sunday, October 20, 2013

Resipi pasta + carrot + tomato + ayam

Assalamualaikumwarahmatullah..

Hari-hari asyik makan bubur nasi je Harith ni kan? so hari ni tukar angin sket, makan pasta pulak ye sayang? resipi main hentam je, tengok apa ada dalam peti ais and masak.. bila dah siap tu, ermmm....sedap jugak! hehe..(puji diri sendiri)

Bahan-bahannya:


  • Heinz baby pasta
  • Olive oil 1sudu
  • Bawang merah n bawang putih sikit (agak2 la ye)
  • Cherry tomatoes 
  • Carrot
  • Isi ayam
  • Garam (sikiiiiit sangat)
  • Cheese (optional)
Cara masak:
  • Tumiskan bawang dengan olive oil skejap
  • Masukkan isi ayam
  • Masukkan air masak secawan
  • letak carrot and tomato yang dah dipotong kecik2
  • Tunggu agak2 carrot dah lembut, bolehla tutup api yek
  • Pasta tu direbus agak2 dalam 10 minit, letak sikit olive oil taknak bagi dia melekat
  • Waktu nak serve, ltak la cheese tu sikit, saya pakai kraft cheddar cheese tu je..
Carrot, Bawang and tomatomato

Tumiskan

Masukkan je semua..hehe..

Pasta yang comel2 and lembut
Tak sempat pun nak snap gambar Harith makan..tapi dia memang berselera je, and saya pun tumpang sama jugak! sedap dapdap... akhirnya....









One satisfied customer..sudah kenyang, terus sambung tido ye nak?