Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Thursday, December 3, 2015

Review: the everly putrajaya

Assalamualaikum wbt...

Last week, pening plan nak jalan kemana bawa 2H.. yelah, 2 minggu nak tinggalkan anak2 dengan nekmi di kampung kan, so marilah having fun quality time with them. Keluar dari rumah lewat juga. Ingat nak terus check in tapi awal lagi kan. So marilah kita ke rabbit fun land si puncak kaki bukit broga. Bawa anak2 mendekati alam.. hehe... 
It was fun. Bukan 2H je, abi dan umminya pun seronok juga. Kwjar rabbit, bagi makan kambing.. donkey, kuda, lembu, monkey, kuda.. kelakar bila ada seekor baby kambing datang kat harith. Cium2 tangan dia. Sikit pun dia tak takut.. siap dia usap2 kepala anak kambing tu.. hannan mula2 takut juga. Tapi xmenangis. Ok je dia hulur makanan dekat rabbit n kambing..


Dah petang, kami pun bergerak ke putrajaya.. asalnya plan nak bawa anak ke PD, tapi cuti sekolah kan. Planning pun buat last minit, check most hotel semua dah penuh.. so marilah kita bercuti dekat je..

Dah 3 kali sebenarnya kami stay kat sini.. kalini pergi memang walk in je. Sampai je kaunter, dluxe room dah penuh, so ambil je lah executive room. Kami suka sini sebabnya, sebelah je dgn alamanda. So jalan kaki je nak pegi mkn or beli kudap2an.. lagi satu, breakfast selection dia best dan banyak! Salah satu kriteria yg penting dlm memilih hotel..hihi..

Suka everly sebab dia friendly user. Iron board, iron, safe deposit box, hairdryer, bathrobe, sejadah semua da dlm bilik.. surau dia pun bersih dan telekung semua bersih dan wangi.  Bilik sangat bersih, toilet pun ada hose..

Waktu kami pergi last week dia tengah renovate area swimming pool. Nasib baik swimming pool boleh guna, sebab janji dengan harith nak pergi pool, dia pun dah sebut sepanjang jalan kan..

Seronok. Kami berempat je.. dah lama tak rasa bercuti dengan privacy macam ni.. harapnya lepas ni, ada banyak siri lagi holiday kami berempat. Eh, may depan inshaa Allah dah berlima..hihi...







fobia nak datang course lagi...

Assalamualaikum wbt..

1 week more to finish the course, alhamdulillahhh....... dah 3 bulan disini.. macam2 yang dilalui. Terlalu banyak sampai tak terakam. Paling sedih of course, meninggalkan kesayangan di rumah.. without me, sedih.. the first month semuanya seems ok. Masuk second month, start ada problem sana sini.. terasa macam melalui zaman paling gelap dalam hidup. Difitnah sana sini, diumpat malah dimaki oleh org yg terdekat.. Allah.. apakah dugaan.. selepas peristiwa kehilangan arwah mak dijemput Ilahi, ini rasanya perkara yg paling menyedihkan berlaku dalam hidup ni. Syukur, punyai suami yang banyak bersabar memimpin aku keluar sikit2 dari masalah yang membelenggu... suami banyak nasihatkan bersabar, buat tak tahu.. kita takkan mungkin dapat memuaskan hati semua pihak!

Buat keluargaku yang tak putus2 menasihati, terima kasih... banyak pengorbanan kalian.. buat bapa mertua yang menyokong dan menasihati... terima kasih ayah... tak tertanggung rasanya bila dihentam dari kiri dan kanan... buat insan yang berkenaan, berbahagialah sekiranya ingin bahagia.. jangan banyak menyimpan benci kepada org lain.. mungkin satu hari org tu lah yg akan membantu kita.. dan janganlah suka menyampai2 cerita, lebih baik berdiam dari menyampai yanng buruk kan? Sekali aib org dedahkan, sepuluh kali aib kita terbuka.. kalau xsuka, nasihatilah, janganlah diumpat.. nasihati aku, biar aku tahu apa kwsalahanku, janganlah biar org lain tahu sedangkan aku tak tahu!

Buat masa ini, biarlah segalanya terubat dgn masa.. siapa yang xmahu bahagia, semua orang nak.. tapi, biarlah.. tanggungjawab tetap perlu dilaksana, cuma kemesraan spt masa lalu mungkin tak seperti dulu...

Semoga Allah melembutkan hatimu dan hatiku...

Thursday, June 11, 2015

Review: Fraser Place Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak post. hihi! Kalini nak review our very short in-town vacation last month. Gambar tak banyak, so semua gambar Mr Google lah ye..

Hotel ni actually apartment-style, terletak dekat dengan KLCC, lebih kurang 10 minutes distance kalau berjalan kaki. Kami bermalam 1 malam je. Saja2 nak berjalan sebab bulan lepas stress betul dengan kerja, thesis, chores, etc.. sejak ada 2 anak ni, cuti pun dekat2 je.. belum plan lagi nak berjalan jauh2, sebab penatla nak jalan jauh2, balik tu nak membasuh, mengemas lagi kan?

Kami ambil 1+1 bedroom premier. ada 2 bedroom, 1 ada extra king sized bed dan lagi satu bilik tu extra single bed. Bilik air dan toilet separated, (ada paip, jangan risau..) tapi kongsi la. for both rooms. ada complimentary breakfast for 3. kalau nak tambah orang, rm 35 per pax untuk buffet breakfast. Dan yang buat kami pilih hotel ni sebenarnya, dapur dia sangat lengkap ok! coffee maker, toaster, microwave, kettle, rice cooker, electric stove, peralatan dapur, cutlery, tapis sayur pun ado.... pendek kata, nak masak takde hal lah.

Dalam bilik pulak, ada bathrobes, payung, iron, hairdryer, sejadah pun ada..ada banyak lagi, xingat dah..

Swimming pool, sauna room, jacuzzi, bilik main ps4, xbox, gym, self-service laundry sume ado kat Level 18. Bilik sauna, jacuzzi room, dan steam room separated for male and female ye. jangan risau....Sangat best=)

Ok marilah tengok gambar ye..







Credit: Google

Ni gambar yang sempat ambil..




hehe..sangat sikit kan? 

overall, kami sangat berpuas hati. breakfast pun sedap juga, cuma local menu tak banyak la. customer service pun friendly.. Ada rezeki kami datang lagi.. 

Fraser Place KL, kami bagi 5 bintang!