Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Monday, June 4, 2012

mother's milk is the best!

Assalamualaikumwarahmatullah..

Terlalu awal rasanya untuk post pasal breastfeeding things ni tapi, pendidikan awal tu kan penting, betul tak?

Selama ni, aku tengok ibu2 akan menyusukan anak sampai 3 bulan(kot) and then akan beralih ke susu formula. So dulu aku pun dah start2 calculate berapa banyak yg aku kena spend utk beli stok susu formula dalam sebulan. banyak tu.. kalau setin dah RM 60+, bayangkan sebulan berapa? setahun? tiga tahun? banyak okeh....

Tapi kan lately, dh banyak kempen kesedaran tentang pentingnya susu ibu untuk tumbesaran baby.. khasiatnya jangan katalah, memang the best! and yang lagi best.. Allah bagi anugerah susu tu percuma je.. tak payah bayar2.. cer kira sekarang berapa banyak kita bleh berjimat kan? =)

So atas kesedaran tu, saya telah berazam utk mem breastfeed bakal baby yang akan lahir nanti.. insyaAllah dengan keizinan-Nya.. semua ni terinspire waktu saya pergi menumpang kasih kat rumah one of my friend time kat ATMA (UPNM) dulu.. Kapt Mas TUDM.. banyaknye stok susu kat rumah dia! pergi rumah dia, macam pergi gallery penyusuan tau. dengan buku2 parenting, buku2 breastfeeding, panduan itu dan ini.. semuanya berkaitan anaknya.. time tu lah saya rasa, if she can do it, why i cant? kat rumah dia sekarang ada 3 peti ais. 1 peti biasa, 1 deep freezer which is exclusively for the milk storage and satu lagi small fridge, ni standby in case dia kena pergi kursus kat mana2, dia akan angkut sekali. oh my! besarnya pengorbanan.. dah la suaminya jauh di Kuantan, so segala keperluan anak dia, dia buat sendiri. kagum=)

ok back to the topic, sejak mengandung ni, saya rasa ni keperluan paling utama yang saya perlu sediakan. firstly, education berkenaan kepentingan susu ibu. then education to prepare myself: mentally and physically. then, part yang paling best: window shopping! hehe... saya dah pun mensurvey banyak page (ok, window shopping online je..) untuk membeli breast pump and its accessories ni, termasuklah deep freezer, steriliser etc.

Memula survey, saya sangat berminat dengan produk Philips Avent ni.. nampak meyakinkan, and design breastpump dia nampak comfy sangat. dah tengok youtube segala terus jatuh hati..saya pilih Avent ISIS IQ Duo :



tapi kan, bila saya memblogwalking di sana sini, kebanyakannya memilih Medela.. hurm.. rupanya breast pump jenis Avent ni sizing muncung botol tu xsama dengan botol2 yang lain, so maknanya u have to buy bottles from Avent, which is expensive according to my pocket.. walaupun kaler biru to mmg me likey so much! Kalau pump jenis Medela, boleh fit most bottle, jenama tommee tippee ke, jenama little bean ke, Autumnz ke, eh macam2 la.. so maknanya.. bye2 Avent! Medela is my first choice now=) apepun, tepuk poket, tanya selera!



oklah. till then. tata!

No comments: