Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Happy Birthday

Daisypath - Happy Birthday

Lilypie - First Birthday

Wednesday, June 6, 2012

pengantin baru 3 bulan

Assalamualaikumwarahmatullah..

Kebetulan suami datang ke Perlis minggu ni, so saya telah decide untuk masak sendiri di rumah.

padahal..

kat rumah saya ni mana ada dapur, rice cooker semua? yang ada hanya kipas, tv, sterika, kettle. haish. cmne ni.. xkan nak makan luar je sepanjang seminggu suami disini?

ok. so kami pun berjalan2 ke Kangar untuk tengok kedai letrik. survey2 barang. terberkenan dengan washing machine automatic Sharp yang harganya cuma 800+ and peti ais Panasonic yang harganya 600+.

Tapi..

bulan ni sangat sengkek. dengan gaji yang telah didebit sebanyak RM 700+ sebab skim SBPA yang askar dh pakai awal2 tu, xjadi pakai. so kena pulangkan balik la ape yg dh terambil. banyak tu 700+. dengan mesbill tertunggak yang aku bayar bulan ni sebanyak hampir RM500. see? tu dah tolak RM 1200 dari gaji bersih. maka tinggal la tak sampai RM 1k pun utk bulan ni. huh, sedih.. nasib baik kete dh bayar awal2 haritu..

Maka, saya and suami hanya mampu membeli multicooker untuk bulan ni. saya siap desak suami utk mengeluarkan wang tabung kami utk membeli keperluan2 yang lain. tapi suami xbagi. 'kalau ada kecemasan tiba2 nak jadi cmne??' huh, tu husband yang kata. ok2, suami betul. dia lebih berfikiran jauh. saya mmg berfikir utk time tu je. ish!

Maka..

semalam sangat best. beli keperluan memasak untuk malam tadi je. nasib baik suamiku vegetarian. so xpayah pening nak beli ayam daging udang ikan segala. cukuplah dengan hanya brocolli, capsicum, carrot.. dia dh cukup gembira.. buatkan je sup sayur, telur dadar n nasi putih. perut dia happy mkaan mcm tu. saya pun happy sebab tak payah pening nak masak kari asam pedas segala. heheh dasar pemalas!

Bila dah sampai rumah, taktau nak masak kat mana.. maklumlah mess, maka perabot dalam bilik cuma ada katil single, almari, meja, kerusi. meja dah buat tempat letak tv, xkan nk masak atas tu jugak? maka option yg ada cuma meja ping pong kat ruang tamu yang dah tak dignakan lagi. Suami pun ambik kain basah lap2 meja tu and alas2 dengan surat khabar. oh, daifnya rasa time tu.. memasak lah saya atas meja pingpong yang besar tu, sambil suami tolong cuci2, kemas2 pape yang patut.. terasa indahnya time tu. maklumlah, selama ni kami masih duduk di rumah parents yang dh tersedia segalanya and selalunya saya tak masak pun sebab ibu mertua awal2 lagi dh buat segala. saya tolong tengok dan mengacau je..hehe..

dah siap2 masak, kami makan berdua. juga di meja pingpong. terasa miskinnya.. makan dalam tupperware, alas dengan suratkhabar. mcm kat asrama pulak. tapi terasa indahnya=) walaupun sup sayur saya malam tu terkurang masin, telur dadar yang jadi scramble egg, tapi perasaan tu, sangat indah=)

hurm. tak sabar nak duduk rumah sendiri. tak sabar nak duduk berdekatan dengan suami. tak sabar nak dapat pahala berganda setiap hari.

suamiku, I love you..

No comments: