Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 26, 2012

updates lagi 5hari..

Assalamualaikumwarahmatullah

5 days more. and I am? sit in front of kipas angin dalam bilik ni. Perlis sangat panas ok!!!

sepatutnya, bila 5hari lagi, saya dah patut cuti. tapi..

=(

saya tak balik lagi sebab..

=(

saya saje balik lewat so saya boleh cuti panjang lepas kahwin!
hihi=P

oklah nak semak updates:

1. Pinjaman confirmed! Isnin perlu ke PALAPES UNIMAP untuk ambik pedang sebanyak 10 bilah (8-pegawai sword bearer, 1-pengapit, 1-cutting cake ceremony, total-10)

2. Pembelian rebung dari Perlis confirmed! Juga diambil pada petang isnin lepas waktu kerja.

3. Pembelian ikan dari Jeti Kuala Muda confirmed! Pagi2 hari Selasa collect di Sg Petani.

(eh, apa pasal rebung, ikan sume ko nak bawak balik ni ruzana?? haha....kan kat utara ni murah, so semuanya boleh beli dari sini)

4. Baju nikah dah siap! hehe tenkiu cik nani...cantik sungguh baju nikahku, lepas ni boleh tempah lagi, harga pun sangatla affordable, tak payah pergi tailor mahal2 pun =)

5. Bunga pahar TAK siap lagi! waaaa....dah xde mood nak DIY ok... maka esok kena pi Rainbows kat arau, ready ade kn ada=)

6. Bilik Pengantin dah kemas, perabot je tak sampai lagi...

7. Spa n final fitting appointment on Rabu.

8. Legal documents have been sent to encik mohd hafriz=)

9. Bagpiper confirmed!

10. Pengapit confirmed! Naz n Dayah untuk upacara non-regimental, Naz n Ella fr the regimental ceremony.

11. yang lain tak dak pa.. tunggu nak balik seremban je nih=)

Sunday, February 19, 2012

updates

1. pinjaman pedang from PALAPES UNIMAP -DONE!

2. sword bearer's officers -PENDING. (got Kapt Marzuki as an in-charge)

3. groom's pengapit -DONE! (Mr Naz)

4. bride's pengapit -DONE! (Kapt Ella)

5. red carpet and the arch -PENDING. (got to ask from mak andam)

6. tempahan kueh-mueh for the majlis doa selamat -PENDING.

7. caterer -DONE.

8. final fitting -PENDING. (next wednesday)

9. bagpipers -DONE! (kpl taufik 15Malay)

10. hantarans -DONE!

11. bedroom -PENDING. (tunggu perabot xsmpi lg..grrrr)

12. nikah's attire -PENDING! (oh my! gila la kalau tak siap lagi!!!!)

13. ok yg lain xingat dah. ngantuks.. byebye!

tudung?

Assalamualaikumwarahmatullah.

kalini issue tudung yang akan dipakai semasa ketiga2 majlis saya. Pasal tudung pun bleh jd isu kn? haha..

setelah melihat profile2 mak andam saya, saya kurang berkenan tengok tudung2 yang dipakaikan pada pengantin tu.. mcam over sangat la..i want something sweet n simple n NOT too over the top..

jadi setelah membrowse gambar2 kahwin orang lain, saya berkenan terhadap tudung2 berikut:


1. heed



2. tahirah



3. google.(ala xingat link mana)





ok. simple kan? tapi susahnye nak cari inner awning yang betul2 ok with my face.

Saturday, February 18, 2012

deko, deko..

Assalamualaikumwarahmatullah..

current project.

1. hiasan bedroom

2. hiasan guestbook table



paling kiri, dalam piring tu letak bunga rampai. letak kat bilik. location? entah, xfikir lagi. lavender dlm pasu besar tu pun sama. letak atas meja solek




akan diletakkan lilin besar di tengah2. nak cari lilin kat mana ek?

Honeymoon!

Assalamualaikumwarahmatullah...

hehe..best kan tajuk tu? memang teruja sangat.. mana taknya, dah berbulan2 kerja yang stress ni, akhirnya boleh pergi bercuti tak lama lagi.. and yang lagi best, berdua dengan bakal suamiku=) opps, time tu dah jadi suamiku la..

setelah insiden kena tipu semalam, melayang RM 200.00.. tapi takpela, slalunye bila insiden melibatkan kehilangan duit ni, ayat penyedap hatiku adalah, "maybe duit yg hilang tu adalah duit hail kerja yg kurang berkat kot".

cari punya cari.. memangla kalau berduit lebih tu rasanya nak je melancong jauh2, in my terms, jauh2 tu adalah sejauh kota kinabalu ye..hehe.. teringin jugak nak merasa nexus karambunai yang selalu dikata2 orang tu.. tapi apakan daya, financial selepas kenduri ni adalah sedikit kesesakan, maka percutian impian tu mungkin akan dilaksanakan lepas ada rezeki yang terlebih2 nanti ya...

jadi setelah baca reviews dari banyak tempat, hatiku terpaut (cewah..!) pada pemandangan dan yang penting, harga hotel ini.... Century Pines Resort, Cameron Highlands.. mari layan gambar sat...






cantik kan, sorry la kepada pemilik2 gambar, saya google je tadi, trus terlkluar gambar2 ni..

yang bestnya, hotel ni bagi diskaun based on the nights we're staying. as for us, kitorg dpt 25% discounts dari harga asal=) dah tengok kat agoda and booking.com, then akhirnya kami book melalui hotel tu sendiri.lagi jimat tau.....

memula ingat nak ambil honeymoon packages je, tapi bila tengok ada 2 je yg available iaitu di Rossa Passadena (rates lebih kurang RM 700 for 3D 2N) and Equatorial Hotel (rates lebih kurang RM 988 for 3D 2N), macam xbest pulak.. lagipun my bakal suami tu seorang vegetarian (tapi kalau burger king dia boleh layan pulak), so we decide not to take the package. rugi2..

rates utk hotel ni, untuk masa ini, adalah lebih kurang RM 179 per night. so untuk 4D 3N, termasuk other charges, tolak diskaun, adalah lebih kurang RM 580+. ok la tu,, berbaloi2 kan..

so now, i'm counting days........ untuk selamat menjadi isteri kepada bakal suamiku.. dan selamat menjalani percutian yang indah itu, insyaAllah..

2 minggu lagi! cepatnya!!!!

Sunday, February 12, 2012

the work is crazy



rasa macam nak marah sambil buat muka macam ni


benci la bila ketenangan hidup diganggu pagi2 ahad ni! the boss keep calling, marah2. hoi, ingat gajiku dibayar utk dengar ko marah2 n its SUNDAY??



p/s: macamana nak tenang kalau hidup asik dengar org marah je? oh pleaseeee~ saya mahu kawin dlm masa 2 minggu. saya mahu tenang... tenang.... bertenang.....!

Saturday, February 11, 2012

3 weeks only

Assalamualaikumwarahmatullah..

3 weeks?

oh my~

macam terlampau2 banyak benda tak settle!

1. pinjaman pedang for pegawai sword bearer (please UPNM's QM, please be nice to me)

2. borang nikah! temuduga nikah some more..

3. pegawai sword bearer..(thank marzak for lending your helping hands)

4. guest book (projek DIY separuh jalan. angah, please tlg me siapkan benda alah ni...)

5. DIY bunga manggar. perlu ke x?

6. hantar kad jemputan. (yang dekat2 dah, yang jauh2 sume xpos lagi)

rasanya tu je yg xsetel. benda paling penting adalah borang nikah. xsiap ni xkawin a cek ooooii...


for angah: tolong siapkan ni ye dear... i love you. ni utk tatapan and idea




p/s: buku xpayah balut, ribbon besar tu kalau nak tolong belikan, beli yang silver color, besar macam my hand bouquet punye ribbon tu. mende kat tepi bawah tu nanti aku emailkan. tolong print and fit the size untuk tutup tulisan 'sketch book' tu, and tolong punch kan tepi2 dia guna puncher cantik tu ye.

and lagi satu, untuk page kat dalam tu(PAGE YANG AKU TAK TEBUK KAT TEPI) tolong gamkan ribbon/kertas kaler biru (kat tepi je) supaya bila page yg ditebuk tu ad kat atas page yang tak tebuk, nampak la image tebuk(lacey image) kat stu. get it? if u dont, just call me ye dear! gazillionth thanks to you...! i love u..

Friday, February 3, 2012

hati ini telah dilukai

. . .oleh yg tersayang. . .

Thursday, February 2, 2012

Bilik Tidur Pengantin

Assalamuaaikumwarahmatullah

Minggu ni balik sebab...ayahku kawen lagi! hehe.. akhirnya, ayah bertemu jodohnya, harap2 biarlah kekal sampai bila2...

maknanya, saya perlu:

1. Fitting baju di adlynn untuk majlis nikah n bersanding (my side)

2. Fitting baju di izadebeauty untuk majlis bertandang belah encik mohd hafriz

3. Mintak tandatangan imam, JKKK kg, ayah untuk urusan borang

4. Ambik gambar (lagi) sebab gambar haritu tak cukup. biasala, tentera, kena lebih sket sbb bnyk prosedur

5. Buat bilik pengantin! ambik perabot (hehe, dah bayar 2 bulan lepas, xambik je lagi)



'bedroom favourite. bilalah rumah kami nak siap ni.....nak hias macam ni lah'


antara barang2 yg dah beli untuk blk pengantin:

1. katil queen, sliding-door wardrobe, meja mekap, sidetables

2. aircond(oh tenkiu angah belanja aircon...hikhik)

3. cat violet

4. pasu hiasan (ok, dah siap gubah bunga pun dlm pasu ni)

5. cadar set (beli time sale kat jusco aritu)

6. langsir (fuhh, dah siap jahit..tenkiu angah sekali lagi)

7. karpet (ni beli kat TAKZIMS Arau, pun time sale)

8. [PLAN] beli pengahadang kayu. (sebab bilik aku ni panjang kot, kalau takat perabot asas je dlm tu, mmg bergema la, kosong, xbest)

so, adik2ku sekalian.. mari kita bekerja, Gambatte!

Wednesday, February 1, 2012

my love story


Assalamualaikumwarahmatullah

ramai kawan2 yang trkejut bila sy bgtau diorang yang saya bakal berkahwin sebulan lagi. lepas terkejut, diorang akan tanya, dengan siapa??

haa... pandai x sy sorok? hee..

actually sy dah pun dirisik setahun yang lepas. n majlis merisik tu rupanya terus jadi majlis bertunang. Kitorang (hafriz dan sy) actually plan utk bertunang je (eh, boleh pulak kan?) tapi rupanya terus parents kitorang bincang tarikh nikah n jumlah hntaran semua.. ha, express kan? and majlis yang sememangnya antara family je tu memang sangat simple. sy hanya sediakan coklat n biskut sebagai hadiah je sebenarnya, tetiba tu lah yg jadi hantaran kami. and sebelah dia pun just datang bawa cincin and sepasang kain baju kurung (dah jadi baju raya pun=)).

maknanya kitorang ada masa setahun sebelum majlis.. oh relax dulu.. setahun tu, lambat lagi...

sehari je lepas tu, sy terus kena lapor kursus di ulu tiram, johor selama 4 bulan lebih. and encik mohd hafriz yang hantar.

sebenarnya, kitorng kenal xlama pun.. kenal dia start bulan 5, thanks to my best buddy, Kapt Nur Syazlin sebab jadi matchmaker untuk kitorang.. alhamdulillah, 2 bulan lepas tu kitorang pun couple (ish, macam geli je ayat ni, couple? haha..papela..). so maknanya xsampai setahun pun kenal, lebih kurang 10 bulan je lepas kenal then kitoang pun decide utk bertunang (bertunang ok, bukan bernikah!) haha, ntah pape je, ada ke merancang untuk bertunang je.. pelik..

waktu mula2 kenal, memang dalam fikiran ni macam, 'who are you? i didnt talk to strangers'. sombong ok! ye la, bukan pe, kadang2 strangers ni macam nak main2 je kan.. rerupanya dia memang dah komplot dengan alin awal2... lepas tu bermula la sesi ayat mengayat encik mohd hafriz ni.. sy pulak dalam masa tu rasa confuse sangat sebab sy xkenal! jumpa pun xpernah tau.. bayangkan kitorang boleh bercouple padahal xpernah jumpa..haha kelakar2...macam main2 pun ye jugak.

first time kitorang berjumpa kat datarn senawang, kebetulan time tu sy tengah weekend, so mustila nak balik seremban utk tengok siapakah gerangan kekasih gelapku itu... ok, xgelap. selalunya orang buat blind-date seblum couple kan? tapi kitorang blind-date lepas declare...haha...yakin sungguh kami berdua!

tapi tu lah, dari try2, cuba2, test2, akhirnya. . . kami akan disatukan dalam sebuah ikatan yang sah. insyaAllah. sebulan je lagi. lepas ni, dah xboleh nak main2, xboleh nak merajuk2 sgt. merajuk sket2 boleh la. =P

dia pilihan hati sy. dia pembimbing sy. dia penjaga sy. dia teman saya. harapnya biarlah sampai syurga..sy pun harap boleh jadi isteri terbaik untuk dia. ibu terbaik untuk anak2 kami nanti, insyaAllah..


p/s: i love you more n more n more n chipsmore=)