Assalamualaikumwarahmatullah. . .
Mood sekarang tengah happy sangat2, baby pun happy lately, sebab dia punya pergerakan tu. . .sangatlah aktif! sampai kadang2 sakit jugaklah menahan dia punya kicks. xpe2 baby, awak siaplah nanti, dah kuar nanti, ummi bedung2kan awak! hihi!
Alhamdulillah, happy sebab sekarang tengah busy nak berpindah bekerja ke tempat baru. bukan tak sayang unit kat perlis ni, tapi, apakan daya, niat untuk duduk tinggal sebumbung dengan encik suami lebih menebal. Cukuplah 9 bulan terpisah (eh, 9 bulan je punnn). .ye lah, nanti baby dah kuar, kesian pulak abi dia xdapat main2 dengan dia kan, kalau duduk jauh?
3 tahun duduk kat perlis, memang best. . .suasana tenang je rasa. pagi2 pergi kerja, kiri kanan lalu tepi sawah. .kalau time dah hujung2 tahun ni lagi best, sejuk je. . .siap nampak kabus lagi. traffic jam? memang xdelah kan. jalan sampai 3 lane, tapi kereta yang occupy jalan, adelah 5% je kot at one time. kerja? ok, xbusy sangat. tapi kalau nak attend mesyuarat yang jenuh tu. sebab HQ sume jauh2, kt sg petani lah, kt taiping lah, kat kl lah. Shopping? memang tak banyak tempat nak pergi, so jimat jugaklah. sebab yang paling best pun ada C-mart je. Arau tu kira dah macam Bangsar la kat sini. .best jugak tau! sebab kat situ sume kedai ada. .
Tapi apakan daya, tak sanggup rasanya nak berpisah lama2 dengan encik suami. lagi pulak baby xlama je lagi nak keluar. .so better duduk bersama, so kasih sayang pun dia dapat dari dua2nya. bukan kata kalau dok jauh xdapat kasih sayang, tapi it's better kan. . .lagipun, sampai bila kan? kesian encik suami xdapat merasa masakan isteri hari2. (ok, lepas ni kena jadi super rajin, kena masak hari2, azam nih!)
2 minggu je lagi di sini. banyak barang dah pack. tinggal yang penting2 yang nak guna je yang xpack lagi. beg baby ofcos la kan. . dah lama ready dalam kereta. beg umminye je xpack2 lagi. sebab? malas! padahal bukan susah punnn. . . .
Barang baby alhamdulillah, rasanya dah 98% dah siap kot! mana lagi 2% ye? stroller and breastpump je belum lagi kot. sebab stroller masih belum nak dipakai kot at early month nanti. breastpump pulak nak try sendiri kat kedai. ye lah, setakat baca review orang kat blog, mana sama kan? masing2 punya badan, masing2 punya performance lah. so, yang ni akan dibeli time pantang nanti, insyaAllah. . .
hospital pilihan untuk bersalin? rasanya ke Hosp Tunku Mizan kot. mula2 dulu nak ke Annur Bangi, tapi sebab kekangan waktu, xmenyempat2 nak check up di sana, so Hosp Mizan idaman hati. lagipun, as army personnel, manfaatkan je lah kemudahan yang disediakan kan? dengar from skot2 yang dah bersalin ke sana, semua bagi good review, hospitalities pun macam swasta nye hosp.
Huhh. . .banyak betul cerita in one entry. oklah, till then! kalau rajin saya menaip lagi:)
2 comments:
wahh zana..menghitung hr je ni. baby bg ummi ready btul2 tau :)
haah zura, as per today, dah 35 minggu! takut3! haa baby, dengar aunty zura ckp tau!
Post a Comment