Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 12, 2012

Fesyen Aidilfitri 2012

Assalamualaikumwarahmatullah. . .

Memandangkan beberapa hari lagi kita nak menyambut Ramadhan yang barakah, mesti la ramai dah berfikir2, fesyen apa ye. nak pakai time raya ni? tahun ni langsir nak buat style apa ye? hurmm, berapa ye budget untuk bagi kat anak2 buah tahun ni?

See, mesti ada kan, terfikir? Of course la solat tarawih, kemuliaan Ramadhan, pahala berganda2, tak tertinggal. .

Meh saya bagi tips nak? sempena nak raya ni, mesti ramai dah siap tempah baju, almaklumlah, masuk je ramadhan tailor sume tutup kedai sbb banyak sangat kain tak terlayan. Umi saya (ibu tiri saya) pun salah seorang yang memang tak menang tangan dok menjahit. dah la bekerja, menjahit lagi. .huh, penat!


Tips ni kan, saya dapat lepas baca majalah Anis keluaran July 2012. Jom!!!

1. Pilih pakaian, tepati syariat. Cuba kita tengok balik almari baju kita, berapa banyak baju yang menutup aurat, and berapa banyak baju yang membalut aurat? kalau saya sendiri, banyak jugak baju yang membalut rasanya.. apa kata kita ubah fesyen tahun ni nak? pakai yang longgar2 kan selesa..banyak pilihan yang ada sekarang, jubah, abaya, malah dress pun boleh transform jadi baju yang cantik kan, kalau kena gayanya=)

2. Elak Terjebak Dosa Tabarruj. Tabarruj tu ape? ok, tabarruj tu, macam mempertontonkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki ajnabi serta 'segala hal yang menguja fitrah seorang lelaki'. Cuba tengok fesyen tudung zaman sekarang, kalau boleh segala jenis perhiasan kita nak gantung kat tudung tu kan? dah macam kereta berhias..hehe..saya suka tengok Irma Hasmie sekarang, rasanya bukan saya je kot, ramai suka tengok. Simple je, bersih je penampilan dia, tudung dia pun tak berlebih2an, dan yang penting, tutup apa yang wajib ita tutup, kan? Jom bergaya macam dia nak? mesti lagi cantik kan?

3. Tidak Mengenakan Pakaian Syuhrah. Pakaian syuhrah tu macamana ye? haa...tau tak kalau orang kata mencapub? mencari publisiti. publisiti macamana? ada 2 tau, yang pertama, berlebih2an sangat supaya nak tunjuk kat orang kita ni kaya, mampu beli baju yang harga sampai ribuan ringgit..supaya orang kagum kat kita, bahawa kitalah yang paling anggun pada hari tu.. dan yang kedua, pakai pakaian yang 'lusuh ala menghina diri'. kononnya kita yang paling zuhud, kelihatan alim, yang paling kuat beribadah..ha, pernah tak feeling2 macam tu? So, tu semua berbalik kepada niat kita kan? Kita pakai sederhana je, tapi orang nampak kita indah, nampak kita anggun..kalau macam tu nak buat macamana? terima je lah pujian dan syukur..

4. Sesuaikan Baju Dengan Aktiviti. Apa kata tahun ni kita pergi surau atau masjid untuk solat sunat hari raya dengan pakaian yang sesuai? Cuba bayangkan kita pakai kebaya ketat, material kain pulak dari satin, agak2 selesa tak kita nak beribadah? panas.... walaupun masjid ber aircond, tapi biasalah, hari raya mestila penuh masjid kan? pakailah pakaian yang selesa.. Lagi satu, bila kita beraya di kampung, mestilah masa tu kita nak mengeratkan silaturrahim dengan sedara mara yang kita dah lama tak jumpa kan? So kalau dah pakai pakaian yang mewah sangat, sampai susah nak sinsing lengan sikit bantu2 buat air or isi kuih dalam balang, buat apa? takkan kita nak dok atas sofa dengan budak2 kecik sambil tengok tv, padahal yang lain sibuk di dapur kan? apa lah kata orang.. lagi pulak, apa lah kata suami kita..malu dia kat adik2 yang lain agaknya..

So, what say you?

*And jangan lupa, bila kita dah siap berhias cantik2, tapi bila orang datang rumah, tak cantik... langsir pun memang tak tukar2.. maksud saya kat sini, bukan kena setiap kali raya kena tukar langsir or kerusi baru.. boleh je pakai langsir yang tahun lepas, asalkan bersih, nampak molek je macam kita jugak=)


No comments: